Final ke-2 (second leg) Piala Indonesia sepatunya berlangsung pada Sabtu lalu melibatkan PSM Makassar dan Persija Jakarta.
Namun ianya telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria.
Menurut PSSI, mereka enggan mengambil sebarang risiko dengan meneruskan perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan di Stadium Mattoangin, Makassar.
Dalam perlawanan pertama, Persija menang 1-0. Pasukan tersebut enggan berkunjung ke Stadium Andi Mattalatta, Mattoangin, Makassar kerana risau dengan keselamatan mereka.
Hal ini kerana bas yang dinaiki oleh pasukan Persija telah diserang dan dibaling dengan batu serta pelbagai objek keras. Kejadian itu berlaku pada sesi latihan terakhir pasukan Persija, sehari sebelum perlawanan.
Oleh sebab itu, PSSI terus menunda perlawanan kedua. PSSI kemudiannya dalam proses pertimbangan sama ada perlawanan final itu akan dilangsungkan dalam stadium kosong.
Selepas 24 jam, PSSI masih belum mengumumkan jadual yang baharu. Beberapa penyokong telah memulakan desakan agar Ratu Tisha meletakkan jawatan.
Para penyokong PSM Makkasar kecewa kerana pasukan mereka sudah masuk ke padang untuk memanaskan badan bagi menghadapi final itu.
PSSI menegaskan mereka bukan sengaja untuk melewatkan hebahan penundaan itu. Tetapi mereka perlu menunggu pengesahan dan dokumen yang bertandatangankan Ratu Tisha selaku Setiausaha Agung.
Penyokong yang sudah berada di dalam stadium mulai marah dan memberikan reaksi yang pelbagai dan menuduh Ratu Tisha sebagai tidak cekap.
Pada 29 Julai, PSSI menetapkan jadual final ke-2 itu pada 6 Ogos di Stadium Andi Mattalatta, Mattoangin, Makassar
Walaubagaimanapun, sebelum jadual baru itu dikeluarkan, sudah ada petisyen agar Ratu Tisha meletakkan jawatan dibuat menerusi lama change.org oleh penyokong bernama Bahtiar Baso.
Bahtiar menggariskan 5 sebab utama Ratu Tisha perlu letak jawatan:
1. Setiausaha Agung telah sengaja menimbulkan panik berkaitan keselamatan dan keadaan di venue. Ini kerana, TNI dan Polis sudah memberikan jaminan keselamatan pada sebelumnya.
2. Surat keputusan itu dikeluarkan 2 jam sebelum sepak mula – ia tidak sesuai dengan regulasi PSSI yang dikeluarkan di Jakarta, padahal di waktu Ratu Tisha ketika itu berada di Makassar.
3. Setiausaha Agung PSSI dinilai lepas tanggungjawab kerana tidak ada satu pun pihak daripada PSSI yang hadir di stadium untuk menyampaikan penundaan pertandingan.
4. Setiuasaha Agung PSSI dinilai tidak memiliki etika dan tidak menghormati pecinta bola sepak, khususnya yang ada di Makassar.
5. Maka dengan itu, kami meminta kepada Setiausaha Agung PSSI untuk MUNDUR dari jabatannya kerana gagal mengurus bola sepak Indonesia, tidak faham akan pengurusan bola sepak Indonesia. Menuntut agar Presiden Republik Indonesia melalui Kementerian Pemuda Olahraga untuk membentuk pengurusan PSSI yang sesuai dengan mekanisme yang ada.
Petisyen tersebut dibuat pada 28 Julai lalu dan ianya sudah mengumpul lebih 10,000 tandatangan.