Kisah Bagaimana Barcelona (Cruyff’s Dream Team) Mengajar Sir Alex Ferguson Pada 1994

Manchester United merupakan pasukan yang mengecapi kegemilangan di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Namun begitu, sehingga ke hari ini, Manchester United masih lagi bukan pasukan yang benar-benar kuat elemen falsafah bola sepak moden. Mereka pernah melantik Louis Van Gaal untuk menerapkan bola sepak indah itu, tetapi segalanya serba-serbi tak menjadi.

Walaubagaimanapun, dalam era Sir Alex Ferguson, beliau telah belajar sesuatu daripada Barcelona 1994 yang dikendalikan oleh Johan Cruyff. Bak kata orang, dalam bola sepak, jika kamu tidak menang, pastikan kamu belajar daripadanya.

Sebelum perlawanan berhadapan dengan Barcelona di Nou Camp pada 1994, Sir Alex Ferguson sangat bergantung kepada ‘basic football’ yang menekankan elemen serangan balas dan kompak ketika bertahan.

Isu penguasaan bola bukannya perkara penting. Tetapi selepas pertembungan dengan Barcelona pada 1994, Sir Alex Ferguson mulai sedar betapa pentingnya penguasaan bola. Semuanya kerana ‘diajar’ oleh falsafah Cruyff.

Cruyff ketika itu berjaya mengumpulkan salah sebuah pasukan yang digelar ‘dream team’ Cruyff – dengan nama-nama seperti Romario, Soichkov, Koeman dan Guardiola.

Cruyff memang dikenali dengan kegilaaan dan kecintaannya kepada bola sepak bercorakkan penguasaan bola.

Barcelona membelasah Man. United 4-0 pada hari itu. Pada 2014, Barcelona mengiktiraf kemenangan itu sebagai antara yang terbaik dalam sejarah Barca.

Sir Alex ketika itu kehilangan Eric Cantona yang digantung. Peraturan pemain luar ketika itu membuatkan Ferguson terpaksa merehatkan Peter Schmeichel dan menurunkan Gary Walsh.

Walsh sendiri pernah mengakui, beliau sangat terkejut apabila diarahkan untuk bermain. “Saya tidak tahu saya akan bermain, sehinggalah pagi, hari perlawanan.”

“Saya diturunkan kerana hanya 3 pemain luar dibenarkan. Saya tidak risau, kerana perkara seperti ini kamu tunggu dalam karier. Ianya perlawanan terbesar yang saya pernah bermain untuk United.”

“Barcelona berterusan menyimpan bola dan merampasnya daripada kami sesuka hati mereka,” tambah Walsh lagi.

Selepas tamat perlawanan itu, Sir Alex berkata: “Ini adalah perlawanan yang memberikan saya pengajaran paling besar.

“Saya tidak faham akan perkara itu, sehinggalah detik itu.”

“Mereka menunjukkan kepada kami betapa pentingnya mengusai bola dalam pertandingan Eropah.”

Dan sejak daripada hari itu, Sir Alex Ferguson mulai menekankan aspek penguasaan bola di dalam falsafah bola sepaknya – yang sebelum ini bukan dalam senarai untuk diambil berat.

Beliau juga tidak suka para pemainnya memberikan lawan penguasaan bola terlalu tinggi. Walaupun Sir Alex Ferguson bukannya peminat tegar bola sepak ala tiki taka mahupun total football, namun itu bukan alasan untuk beliau tidak menghargaai ataupun belajar langsung daripada orang lain.

Pada tahun tersebut, Barcelona tewas 4-0 di perlawanan akhir menentang AC Milan. Ianya kerana sikap terlalu yakin Cruyff dan anak-anak buahnya berhadapan dengan pasukan muda AC Milan ketika itu. Barcelona diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN