Forlan: Atletico Kembali Digeruni Di Eropah, Joao Felix Spektakular

Diego Forlan percaya Atletico Madrid kini kembali digeruni di Eropah dan berada di landasan yang betul untuk menjuarai pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada masa hadapan.

Bekas pemain berusia 40 tahun itu pernah menyarung jersi Atletico selama 4 musim, dan setakat ini teruja dengan perubahan yang telah dilaksanakan oleh Diego Simone sejak 2011.

Atletico telah mara ke dua perlawanan akhir UCL sejak dibimbing oleh Simone namun dikecewakan oleh Real Madrid di kedua-dua perlawanan.

Dalam dua perlawanan akhir tersebut, Atletico begitu hampir bergelar juara apabila tewas selepas masa tambahan pada 2014, dan melalui penentuan sepakan penalti dua musim kemudian.

“Mereka begitu hampir untuk melakukannya sebanyak dua kali,” ujar Forlan kepada Marca.

“Salah satu mereka [Atletico] mendahului sehingga minit ke-93, satu lagi tewas kerana penalti.

“Mereka berada di landasan yang betul, tetapi pada masa yang sama semua pasukan juga mempersiapkan diri untuk menjuarai UCL.

“Tetapi tidak ada pasukan yang sanggup berhadapan Atletico selepas apa mereka lakukan. Mereka [Atletico] telah berjaya membuatkan lawan menghormati mereka.

Atletico aktif melakukan rombakan selepas tamat saingan musim lalu dengan ketibaam beberapa muka baharu seperti Kieran Trippier, Marcos Alonso dan Joao Felix yang menjadi pemain termahal kelab tersebut.

Kelibat pemain berusia 19 tahun itu juga telah mencuri perhatian Forlan.

“Saya sudah memerhatikan beliau [Felix] di Benfica, dan beliau telah melakukan perkara yang spektakular.

“Felix adalah pemain yang istimewa, dan beliau sangat beruntung kerana menjadi sebahagian pasukan yang dikenali dengan kerja keras dan sentiasa merendahkan diri.”

Leave a Reply