Penyokong Kedah Kecewa Dengan Kecuaian Pengurusan KFA

Gara-gara kerana gagal melayakkn diri ke kejohanan peringkat Asia kerana tidak lulus dalam perlesenan AFC, rata-rata penyokong kedah meluahkan kekecewaan mereka di laman facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan mahukan presiden KFA meletak jawatan.

“Sambil lewa punca permohonan ditolak,” itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Jeffrey Low, ketika ditanya oleh pihak astro arena.

Gagal menyembunyikan perasaan kecewa, Jeffrey bagaimanapun tidak mahu menyalahkan sebelah pihak berhubung isu Kedah yang gagal mendapatkan lesen kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang sekaligus menafikan penyertaan mereka dalam saingan Piala AFC tahun depan.

Melihat kepada situasi membabitkan KFA dan FAM, badan induk itu sendiri sudah berlembut dengan memberikan tarikh baru untuk rayuan selepas Kedah gagal menyediakan dokumen lengkap seperti yang diharapkan.

“Sepatutnya kami telah menyempurnakan prosedur yang ditetapkan oleh FAM tetapi ia telah dilengahkan. Jadi,  penyertaan Kedah dalam saingan AFC musim depan dibatalkan,” kata Jeffrey.

Isu tersebut yang diurus oleh Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, gagal memuaskan hati pengerusi badan rayuan pelesenan kelab FAM, Dr Wirdawati Mohd Radzi, yang turut memutuskan KFA melengah-lengahkan isu itu hingga ke tarikh akhir 16 Oktober lalu selepas diberi peluang kedua.

Setakat ini, hanya Selangor, Pahang dan PKNS FC akan menyertai JDT sebagai pasukan yang sah boleh bertanding dalam pertandingan anjuran AFC (jika layak).

Pahang yang disebut-sebut sebagai pengganti Kedah telah lulus dalam Perlesenan FAM/AFC

Pengakuan Datuk Jeffrey Low betapa pihaknya cuai dalam urusan mendapatkan lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), membuktikan dakwaan penyokong mengatakan ‘orang dalam’ persatuan itu gagal melaksanakan tugas dengan baik adalah benar.

Pengerusi Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA), Wan Syazwan Wan Fadzelah bercakap kepada Berita Harian, penyokong Kedah mahu melihat perubahan dalam tampuk pimpinan KFA.

“Bukan baharu sekarang kita tahu Kedah ada ‘tiket’ ke Piala AFC. Daripada Mei lalu (selepas menjuarai Piala FA) lagi kita sudah tahu yang Kedah akan ke pertandingan Piala AFC dan gesaan (mendapatkan lesen) sudah pun diberitahu lama.

“Dalam tempoh itu, apa yang mereka lakukan sehingga mereka gagal menyempurnakan prosedur yang ditetapkan oleh FAM,” katanya.

Berikutan kecuaian berkenaan, Kedah gagal melepasi syarat yang ditetapkan badan pelesenan kelab FAM sekali gus memungkinkan tempat naib juara Piala Malaysia itu bakal digantikan oleh Pahang.

Jeffrey begitupun menegaskan akan terus berusaha melakukan rayuan pada pertemuan tertutup bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengulas lanjut, Wan Syazwan menggesa individu berkenaan melepaskan jawatan dengan segera.

“Apa yang dikatakan seakan mengiyakan dakwaan penyokong. Itu pun sudah jadi bukti yang orang dalam persatuan gagal melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.

“Dedahkan siapa yang tidak buat kerja. Apa yang berlaku adalah bukti jelas yang mereka tidak boleh bekerja dan sebab itu kami berterusan mahu lihat ada perubahan berlaku dalam pucuk pimpinan KFA,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial mendapati penyokong Kedah mahu pengurusan KFA belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam urusan perlesenan AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN