Penyokong Ini Kongsikan Topik Perbincangan Bersama MFL

MFL

Seperti yang dilaporkan pada 12 Mac lalu, badan penganjur liga bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan sembang santai bersama ‘influencer’ penyokong bola sepak tanah air dalam membincangkan beberapa isu berkaitan.

Mungkin ramai yang ingin mengetahui apa yang telah dibincangkan para penyokong tersebut bersama-sama pihak MFL yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dato’ Ab Ghani Hassan.

Sehubungan dengan itu, penyokong dari Johor yang turut serta dalam perbincangan tersebut, Juan Budiman telah berkongsikan dengan mendalam mengenai topik perbincangan yang diadakan di pejabat MFL itu.

Berikut adalah topik perbincangan yang didedahkan oleh Juan Budiman menerusi satu ‘Thread’ yang dikeluarkannya di laman Twitter peribadi milik beliau:

1) Kebimbangan COVID-19

Sesi dimulakan dengan beberapa saranan MFL untuk mengendalikan Liga Malaysia semasa krisis penularan COVID-19. Penyokong berpendapat MFL seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menunda Liga Malaysia secepat mungkin tanpa menunggu arahan dari pihak berkuasa.

2) Mengkaji impak kewangan

Impak kewangan ke atas pasukan-pasukan yang bertanding juga harus dikaji sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan tanpa penyokong. Ini kerana pasukan masih bergantung kepada jualan tiket & lebih sesuai jika liga ditangguh daripada bertanding tanpa penyokong.

Pada ketika ini notis untuk beraksi di stadium kosong masih belum dikeluarkan lagi ketika sesi perbincangan berlangsung.

3) Isu siaran langsung unifi yang kurang berkualiti

Penyokong juga memohon MFL untuk berbincang dgn unifi dan seterusnya mencari jalan untuk memperbaiki kualiti siaran langsung yang tidak berbaloi dengan bayaran dikenakan.

4) Penjadualan Liga Super dan Liga Premier

Pihak MFL menerusi Ketua Pegawai Operasi & Unit Pertandingan membuat penerangan tentang mekanisme penjadualan MSL/MPL. Jadual dibuat secara rawak melalui perisian komputer.

Sebarang pindaan jadual akan dibuat secara manual oleh MFL sekiranya ada perlawanan yangg bercanggah dgn peraturan pertandingan. Sebagai contoh, dua perlawanan di dalam satu negeri, pasukan berkongsi stadium, sekatan perlawanan pada hari sambutan perayaan.

Pihak MFL turut menjelaskan bahawa jadual akhir MSL dan MPL akan dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL sebelum diluluskan. Ini bermakna, dakwaan jadual telah disusun untuk memberi kelebihan pada sesebuah pasukan adalah tidak betul.

5) Tarikh perlawanan masih tidak ditetapkan

Penyokong menzahirkan rasa kurang senang dgn tarikh perlawanan yang masih tidak tetap untuk LS6/LP6 sehingga LS22/LP22. Ini memberikan kesukaran dari aspek logistik dan kewangan utk penyokong pelawat menguruskan jadual perjalanan mereka.

MFL jelaskan bahawa tarikh tidak dapat ditetapkan untuk memberi laluan kepada pasukan yang bertanding di Piala FA (dibuat melalui proses undian). Penyokong berpendapat keutamaan harus diberikan kepada penjadualan MSL/MPL. Impak adalah lebih rendah untuk meminda Piala FA berbanding liga.

6) Kuota tiket dan larangan di stadium

Penyokong turut memohon MFL untuk buat semakan tentang kuota pasukan pelawat dan mengikut standard yg telah ditetapkan oleh AFC iaitu minimum 5% dari kapasiti stadium.

Berkenaan dengan sekatan drum, panji, kain rentang di dalam stadium, MFL jelaskan bahawa perkara ini tertakluk kepada tuan rumah dan sekatan dibuat atas nasihat dari pihak berkuasa tempatan.

Penyokong mohon pihak MFL supaya berbincang dengan kesemua rakan kongsi untuk memberi sedikit kelonggaran berkenaan perkara-perkara tersebut.

7) Cadangan Playoff Liga Premier

Cadangan diberikan untuk pasukan-pasukan dari Liga Premier yang layak ke Liga Super tetapi bukan secara merit untuk bertanding dalam satu playoff dengan pasukan-pasukan tercorot MSL. Ini untuk memastikan pasukan MPL ada kualiti untuk bertanding di MSL.

Contoh seperti ciapan di bawah:

8) Prosedur pertandingan & ECP

MFL telah bersetuju dengan permintaan memuat naik kesemua prosedur pertandingan di lawan web untuk rujukan awam. MFL kini dalam proses akhir dan memberi komitmen untuk mula muat naik pada penghujung bulan ini.

9) Data analisis

MFL telah mengambil maklum tentang permintaan penyokong untuk berkongsikan data-data perlawanan kepada umum. Cadangan diberi utk menjadikan Liga Thailand sebagai contoh dimana akses kepada laporan perlawanan dan statistik mudah dimuat turun dari laman web.

Leave a Reply