Sekumpulan penyokong bola sepak di Korea Selatan menuntut bayaran ganti rugi selepas Cristiano Ronaldo gagal tampil untuk Juventus dalam perlawanan persahabatan pra musim menentang K League All Stars baru-baru ini.
Berdasarkan perjanjian seperti yang didedahkan oleh penganjur, bintang Portugal itu sepatutnya tampil bermain selama 45 minit, tetapi memilih untuk terus berada di bangku pemain simpanan sepanjang tempoh perlawanan.
A group of fans in South Korea are seeking compensation after Cristiano Ronaldo didn’t feature in the Juventus-K League All Stars friendly…https://t.co/s5brtP5yt5
— AS English (@English_AS) July 30, 2019
Penyokong menjadi marah setelah Ronaldo tidak menunjukkan tanda-tanda akan memakai kasut but beliau untuk beraksi, dan mula menyanyikan nama Lionel Messi ketika perlawanan.
Malah segelintir penyokong telah menghubungi syarikat guaman Myungan untuk memfailkan saman.
Menurut laporan dari BBC, penyokong di Korea Selatan yang menghadiri perlawanan tersebut merasakan diri mereka tertipu dan menuntut ganti rugi sebanyak 70,000 won atau pun US$59 untuk tiket perlawanan, 100 won lagi untuk komisen, dan 1 juta won seorang kerana ‘kesedihan mental’.
Show me the money: South Korea football fans to sue over Ronaldo benching https://t.co/dxN36ZNt98 pic.twitter.com/H3bBDbFKYD
— CNA (@ChannelNewsAsia) July 29, 2019
“Biasanya plainitif akan dibayar kembali dengan harga tiket, tetapi kami jadikan ini sebagai kes istimewa kerana terdapatnya unsur penipuan dalam pengiklanan, yang mengambil kesempatan terhadap penyokong dan peminat bintang bola sepak,” ujar jurucakap syarikat guaman tersebut.
“Berkenaan kesedihan mental, saya magu berkata kebanyakkan mereka ini adalah peminat yang fanatik, yang sangat meminati pemain ini. Maka bagi mereka, ia amat menyedihkan kerana mereka sayangkan Ronaldo dan mereka mahu menunjukkan mereka melindungi Ronaldo tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana situasi ini.
“Hingga sekarang ada dua penyokong yang sudah memfailkan saman. Tetapi saya telah menerima banyak panggilan untuk melakukan perkara yang serupa. Mungkin akan ada 60,000 lagi akan tampil sebagai plainitif,” tambah beliau.
The agency which arranged the game should be responsible for what happened. Total hours Juventus stayed in South Korea for the match against K League All Stars was just TEN hours. Juventus visited South Korea for a quick buck…. https://t.co/SBOM6NCFBK
— Jin S Ko (@jinsungko) July 31, 2019
Ketua Pegawai Eksekutif The Fasta, Robin Chang – syarikat penganjur perlawanan – menangis ketika menjelaskan situasi tersebut secara langsung di siaran televisyen Korea Selatan.
Beliau berkata, dirinya hanya dimaklumkan Ronaldo tidak akan beraksi selepas 10 minit babak kedua perlawanan bermula.
“Apabila saya mempersoalkan perkara itu bersama [Pavel] Nedved, beliau hanya berkata : ‘ Maaf, tiada apa boleh saya lakukan.’ Saya pun mahu melihat Ronaldo berlari. Saya sangat kecewa,” ujar beliau.
Sehubungan dengan perkara tersebut, badan penganjur bola sepak di Korea Selatan, K League turut telah mengutus surat sebagai protes kepada juara Itali itu.
Ronaldo turut menjadi sasaran kecaman oleh penyokong bola sepak di Korea Selatan di semua platform media sosial.
“Beliau [Ronaldo] mengkhianati 60,000 penyokong yang hadir, dan memperkecilkan kami,” tulis salah seorang daripada mereka di Instagram.
“Saya bukan lagi peminat Ronaldo,” ujar seorang lagi.