Penyokong Desak Inter Kekalkan Nainggolan Walaupun Conte Pilih Untuk Jual

Penyokong Inter Milan mendesak agar Radja Nainggolan dikekalkan bersama kelab tersebut, walaupun Antonio Conte dikatakan mahu pemain tengah itu dijual pada jendela perpindahan musim panas ini.

Masa depan Nainggolan menjadi tanda tanya selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Beppe Morata mengesahkan Nainggolan tidak berada dalam perancangan bekas pengendali Juventus dan Chelsea itu.

Namun demikian, Calciomercato.com berkata penyokong telah menghadirkan diri ke pusat latihan Nerazzurri di Lugano untuk meyakinkan kelab agar mengekalkan pemain yang berasal dari Belgium itu.

“Ninja, terus kekal di Milan!” jerit kumpulan penyokong tersebut merujuk kepada Nainggolan.

Inter Milan membelanjakan €40 juta untuk membawa pemain tengah berusia 31 tahun itu dari Roma pada musim panas lalu. Sebagai ganti, Inter membenarkan dua pemain, Nicolo Zaniolo dan Davide Santon untuk menyertai Roma.

Sejak daripada itu, Nainggolan seperti bergelut dengan masalah kecergasan, namun masih berjaya menyumbang 7 jaringan dan tiga bantuan gol.

Baru-baru ini isteri kepada Nainggolan, Claudia Lai juga mendedahkan dirinya kini sedang menghidap kanser, dan sedang menjalani proses rawatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN