Quantcast

BERITA

Griezmann Diberi Jersi Nombor 7 Oleh Barcelona, Coutinho Dijangka Berpindah?

Kini, rahsia yang sebenarnya sudah diketahui ramai pihak sudah pun menjadi nyata.

Barcelona telah rasmi mendapatkan Antoine Griezmann.

Dengan munculnya Griezmann sebagai pemain baharu Barcelona, persoalan terus menjadi tanda tanya – adakah Philippe Coutinho akan meninggalkan kelab itu?

Menurut laman AS, situasi ini menjadi tumpuan ramai pihak selepas juara La Liga itu telah membuat keputusan untuk menyerahkan jersi nombor 7 kepada Griezmann.

Welcome, Antoine Griezmann 🤙See you on the other side 😉Bienvenido, Griezmann Benvingut! 🤙

Posted by FC Barcelona on Friday, July 12, 2019

Musim lepas, Coutinho menyarung jersi nombor tersebut.

Spekulasi mengenai masa depan beliau di Barcelona semakin kencang selepas keputusan kelab itu menukar nombor jersi.

Ia turut ditambah selepas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengatakan yang Ousmane Dembele lebih bagus berbanding Neymar selepas kelab itu dikatakan mahu mendapatkan semula pemain itu.

Jadi sekarang ini, hanya tinggal Coutinho sahaja yang dianggap “belum selamat” kedudukan beliau di kelab itu.

Di England, Coutinho sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Liverpool.

Namun begitu, tiada lagi sebarang tindakan rasmi dari juara Eropah itu untuk membawa pulang bekas pemain mereka ke Anfield.

Sementara itu, dengan sahnya perpindahan Griezmann ke Barcelona semestinya telah mematikan spekulasi Neymar untuk kembali ke kelab lamanya.

Neymar yang tidak melaporkan diri untuk sesi pra-musim Paris Saint-Germain (PSG) sudah tidak punya jalan lain selain pulang semula ke pangkuan kelabnya itu.

Jika pun beliau sudah tawar hati dengan PSG, ke mana beliau mahu pergi selepas ini? Tindakan Coutinho dan Neymar selepas ini pastinya menarik untuk disaksikan.

  • SUMBER
  • AS