Sejak lamanya, komuniti bola sepak di seluruh dunia mengetahui Celtic merupakan sebuah kelab yang pro-Palestin.
Hal ini tidak dapat dilihat secara terus menerusi pentadbiran kelab mereka, akan tetapi menerusi gelagat penyokong mereka yang jelas menyokong Palestin berbanding Israel.
Baru-baru ini, penyokong Celtic sekali lagi menzahirkan sokongan mereka terhadap Palestin dengan melancarkan kempen kutipan dana secara atas talian.
Menggunakan laman Go Fund Me, mereka mensasarkan untuk mendapatkan jumlah dana sebanyak £5 ribu.
Dana sebanyak £5 ribu akan digunakan untuk menyokong segala hal mengenai perubatan untuk merawat rakyat Palestin di Gaza yang mengalami kecederaan oleh disebakan oleh penindasan tentera Israel.
Hal ini kerana jumlah mangsa keganasan tentera Israel meningkat dengan mendadak dan hospital di sana tidak dapat menampung jumlah mangsa keganasan tersebut yang terlalu ramai.
Semuanya bermula pada 30 Mac 2018 apabila rakyat Palestin melancarkan perarakan besar-besaran untuk menuntut hak mereka yang selama ini dinafikan.
Apa yang menarik mengenai kempen ini adalah reaksi yang positif yang diperoleh dari pelbagai pihak terutamanya penyokong Celtic.
Dalam masa 2 hari, sasaran £5 ribu yang ditetapkan telah berjaya dipenuhi dengan mudah oleh pelbagai pihak!
Kini kutipan dana itu masih lagi berjalan, dan setakat artikel ini ditulis mereka telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak £5,604.
Anda juga boleh menyumbang kepada kutipan dana ini dengan klik saja pada pautan di sini.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban warga Palestin di Gaza.