Penyokong Brechin City: Kami Tidak Pernah Langsung Rasai Kemenangan Dalam Liga Musim Ini

Brechin City

Kami ingin utarakan satu persoalan. Apakah perasaan anda sebagai penyokong sekiranya kelab kesayangan anda langsung tidak mencatatkan kemenangan dalam hampir keseluruhan perjalanan sesebuah musim?

Dalam kata lain, kekalahan itu seringkali bertamu bagi kelab ini. Seri pula jarang muncul.

Itulah dialami bagi penyokong sebuah kelab Scotland, Brechin City!

4 mata berharga

Setakat kelmarin, Brechin sudah menghadapi 30 perlawanan dalam saingan Scottish Championship. Sebuah kelab Scottish Championship akan mengharungi 36 perlawanan semusim.

Setiap kelab yang bermain di Scottish Championship akan menghadapi 4 kali perlawanan menentang kelab yang sama dalam semusim.

Brechin City hanya mencatatkan 4 seri daripada 30 perlawanan. Baki 26 perlawanan mereka tewas.

Menarik? Pelik? Jelik?

Musim ini, Brechin City satu-satunya kelab profesional di Britain yang gagal memenangi walaupun satu perlawanan liga. Ini amat menyedihkan bagi penyokong.

Dean Walker, penyokong Brechin City.

Dean Walker, salah seorang penyokong kelab melahirkan pendapatnya tersendiri. Beliau merasakan musim ini merupakan musim yang melucukan bagi kelabnya.

Malah, rakan-rakan penyokongnya pun hanya akan menyanyi sekiranya kelab mendapat kemenangan. Tetapi bagaimana hendak menyanyi sekiranya seringkali tewas sahaja pada musim ini!

Dean dan rakan-rakan sekitar 20 hingga 25 orang sering ke stadium untuk memberikan sokongan. Walaupun perlawanan di tempat lawan.

Malah, ada daripada kalangan mereka sanggup mengenakan ‘headphone’ walaupun sedang menonton perlawanan.

Gagal menarik

Glebe Park, stadium di mana Brechin City bermain. Kapasitinya hanyalah kurang 5000 orang.

Dean mengakui kelab itu agak sukar mendapat perhatian penyokong. Mereka bersaing dengan kelab-kelab terhebat di Scotland.

Terutamanya yang wujud di Glasgow dan Edinburgh.

Brechin City memenangi perlawanan play-off Scottish League One musim lalu dan dinaikkan ke Scottish Championship.

Namun, mereka sah tersingkir divisyen pada 24 Mac lalu. Brechin tewas kepada Greenock Morton dan akan kembali beraksi di Scottish League One.

Ini menjadikan kelab pertama di Britain yang sah turun divisyen pada musim ini. Sekaligus menjadi kelab pertama di Scotland yang tersingkir divisyen.

Adakah anda sekental Dean dan rakan-rakan yang merupakan penyokong Brechin City?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN