Tewas Teruk, Penyokong Besiktas Beri Sambutan Meriah Kepada Pasukan Di Lapangan Terbang

Pasti ia satu perasaan yang perit apabila tewas dan tersingkir dari satu-satu pertandingan.

Lebih perit apabila pasukan tersebut tewas teruk dengan jaringan besar iaitu 6-0!

Hanya perlu seri

Besiktas datang ke Ukraine dengan tugas yang mudah – memperoleh keputusan seri menentang Dynamo Kiev.

Satu mata sudah cukup untuk membawa juara Turki 14 kali itu mara ke pusingan seterusnya yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh mereka.

Namun ternyata hajat mereka untuk ke pusingan kalah mati tertangguh lagi. Perlawanan di Ukraine ternyata terlalu sukar untuk mereka.

Pemain Andreas Beck dibuang padang separuh masa pertama sudah cukup untuk membuatkan pasukan mereka sengsara.

Buktinya mudah, mereka melepaskan 4 gol di separuh masa pertama dan penjaga gol mereka menangis kerana cukup kecewa.

Besiktas kemudiannya tewas 6-0 dan seterusnya tersingkir dari UEFA Champions League.

Sambut penuh meriah

Walaupun tewas teruk, pasukan mereka tetap disokong hebat oleh penyokong mereka ketika pulang semula di Turki.

Para penyokong Besiktas yang menantikan kepulangan skuad mereka dari Ukraine terus menanti mereka di lapangan terbang sambil menyanyi-nyayikan lagu sorak untuk pasukan.

Sambil membakar suar dan bertepuk tangan serta melompat, penyokong Besiktas memberikan sambutan ala wira kepada pasukan mereka. Sambutan ini bila kita lihat ibarat mereka pula yang menang!

Anda boleh lihat video di bawah ini:

Pulang duit semula

Tempoh hari, kami ada menyiarkan cerita melibatkan 2 pemain Preston North End iaitu Jermaine Beckford dan Eoin Doyle yang bergaduh sesama sendiri ketika lawatan mereka ke Hillsbrough untuk menentang Sheffield Wednesday.

Insiden itu ternyata telah menconteng arang ke muka pihak pengurusan kelab. Mana tidaknya sudahlah bergaduh sesama sendiri, kalah pula 2-1 dengan pasukan tuan rumah!

Oleh kerana rasa bertanggungjawab dengan insiden tersebut, Beckford dan Doyle kemudiannya telah didenda oleh pihak kelab.

Mereka didenda untuk membayar sejumlah wang yang kemudiannya akan digunakan oleh pihak kelab sebagai ganti rugi kepada penyokong yang mengikut mereka ke Hillsbrough.

Wang ganti rugi itu kemudiannya boleh dituntut oleh penyokong yang terlibat di pejabat tiket menurut pihak kelab.

Minuman percuma untuk semua!

Jika Preston North End menghargai penyokong dengan membayar ganti rugi. Kelab Stevenage pula membelanja penyokong dengan minuman percuma untuk mereka!

Hal ini dilakukan untuk menghargai 1877 orang penyokong mereka selepas bersama-sama kelab untuk mengembara sejauh 300 batu untuk ke Newport County.

Sudahlah menang 2-0, penyokong dibelanja pula dengan minuman percuma apabila kesemua pemain Stevenage meninggalkan sejumlah wang di bilik minum untuk pasukan pelawat.

Hebahan itu disebarkan melalui laman rasmi Twitter mereka:

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Lagi Insiden Pemain Bergaduh Sesama Rakan Sepasukan, ‘Lawan Tepuk Tangan’!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN