Liverpool akhirnya mendedahkan jersi yang akan digunakan untuk musim 2020/21 jenama Nike kepada umum pada Sabtu, tetapi corak atau reka bentuk jersi tersebut telah mendapat pelbagai reaksi penyokong mereka di media sosial.
Buat kali pertama, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan menggunakan jersi keluaran syarikat pakaian sukan terkemuka dari Amerika Syarikat itu sebagai sebahagian daripada penajaan jangka panjang dan diharapkan dapat menjana dana untuk kelab terus berkembang pada masa hadapan.
Jersi pertama yang dilancarkan itu menggunakan warna tradisi merah dan dimasukkan dengan garisan warna teal dan putih pada bahagian kolar dan lengan menepati tiga warna yang sinonim dengan sejarah Liverpool sambil terus menggunakan logo Liver Birds.
Nike x Liverpool FC 😍
— GOAL (@goal) August 1, 2020
The Premier League champions unveil their new home kit for 2020-21 📸 pic.twitter.com/uBbVfaklW2
Malangnya sebahagian penyokong Liverpool mengkritik mengenai dua versi jersi yang terdiri daripada edisi ‘stadium/penyokong’ dan edisi ‘vapor/pemain’ dengan kualiti dan harga yang berbeza.
Jersi ‘stadium’ dijual dengan harga yang lebih murah iaitu £69.95 (RM388) sementara versi ‘vapor’ pula boleh didapatkan di pasaran dengan harga £99.95 (RM554).
Apa yang diperdebatkan oleh penyokong The Reds adalah jersi versi ‘stadium’ yang kelihatan seperti murahan dan tidak berkualiti yang menurut mereka perlu dijual jauh lebih murah mungkin sekitar £40 hingga £45 sahaja.
Nike pulling a fast one here. £100 for the genuine shirt complete with pattern and detail. £60 for a jarg market copy marketed as a replica! Shirt prices are bad enough, now you can’t even buy a true likeness of the actual kit without being fleeced. I’m out! pic.twitter.com/VFS84ncAlu
— Steve Riley (@Stevelfc1) July 31, 2020
Ada yang beranggapan ianya satu taktik perniagaan oleh Nike supaya penyokong Liverpool ‘terpaksa’ membeli jersi edisi yang lebih mahal dengan hanya perlu menambah beberapa puluh paun sahaja berbanding membeli jersi ‘cap ayam’ yang jelas tidak berbaloi dengan harga.
https://twitter.com/eadesLFC/status/1289503313541476352?s=20
Mengenai rekaan jersi yang kelihatan ‘bersih dan kosong’ penyokong berbeza pendapat dengan sebahagiannya gembira dengan corak yang kelihatan ringkas dan klasik berbanding jenama New Balance yang digunakan dalam tiga musim sebelum ini.
Sebahagian yang lain pula kecewa apabila rekaan yang ‘bocor’ sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan dan menganggap Nike tiada kreativiti dalam menghasilkan corak yang menarik dan kemudian menjualnya dengan harga yang mahal.
One. Hundred. Pound. Its like you don't want fans buying them!!! Some people have multiple kits to buy how do you justify that price?? And then to sell a cheap knock off for £70!!! How to alienate your fans right there
— Luke Fifield (@lukiwan) August 1, 2020
Walau apa pun reaksi mereka, demi pasukan, sudah tentu mereka semua akan tetap membeli jersi keluaran terbaharu ini demi meneruskan sokongan kepada pasukan yang dicintai.
Kredit Foto: Soccerzela
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool: