Penyokong Beitar Jerusalem Tularkan Semula Video Hina Nabi Muhammad

Ahli politik Israel berbangsa Arab, Ayman Odeh meminta YouTube memadamkan lagu sorakan rasis nyanyian penyokong kelab bola sepak Irael yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW.

Lagu yang dinyanyikan oleh La Familia – kumpulan ultras dari kelab Beitar Jerusalem – dalam bahasa Hebrew itu telah menghina nabi, ibu nabi dan status kenabiannya.

“Sebarang penghinaan terhadap simbol agama tdak boleh diterima langsung,” kata Odeh, ketua Gabungan Parti Arab-Israel.

“La Familia adalah sebuah kumpulan rasis. Dalam sebuah kerajaan yang demokratik, kumpulan rasis dan pengganas ini sepatutnya telah diharamkan dari dahulu lagi,” tambahnya.

Ahli politik Israel berbangsa Arab, Ayman Odeh mendesak YouTube supaya memamdam video rasis yang dimaut naik oleh La Familia. (Foto: Anadolu Agency)

Odeh menjelaskan beliau telah menulis kepada YouTube untuk memadam video lagu tersebut, yang telah dimuatnaik sejak Julai 2016 tetapi kembali tular sejak minggu lepas. YouTube memberi kenyataan balas mereka akan mengkaji kandungan video tersebut.

Difahamkan video tersebut ditularkan semula oleh ahli-ahli La Familia berikutan kenaikan sentimen Islamofobia yang berpunca dari kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Macron baru-baru ini dikatakan mengeluarkan kenyataan provokatif terhadap agama Islam susulan kes pembunuhan guru di Perancis (oleh ekstrimis Muslim) yang menunjukkan kartun Nabi Muhammad SAW kepada muridnya.

Pada 2 Oktober lepas, Macron berkata beliau sedang merancang satu pelan untuk menentang ‘sentimen pemisahan Perancis’ dengan menfokuskan kepada agama Islam secara spesifiknya.

“Pada hari ini, Islam adalah agama yang sedang berdepan krisis,” katanya. Dalam ucapan sama, Macron turut menekankan tentang bahaya fundamentalism serta kepentingan projek keagamaan yang sederhana.

Macron turut menekankan kepentingan untuk “Islam di Perancis bebas daripada anasir luar”. Beliau turut merancang untuk melarang Imam di Perancis daripada berguru di luar Perancis, mengurangkan kelas agama di rumah dan mengawal semula saluran bajet program keagamaan.

Selain itu, persatuan agama di Perancis juga wajib menandatangani kontrak ‘menghormati nilai-nilai Republik’ untuk mendapat subsidi kerajaan.

Kenyataan Macron yang spesifik kepada agama Islam ini membuatkan semakin ramai komuniti Islam di seluruh bangkit membuat protes. Ini termasuklah di Semenanjung Gaza.

Beitar Jerusalem sememangnya terkenal dengan sentimen anti-Arab dan anti-Muslimnya. Tetapi pengurusan kelab telah dan sedang berusaha untuk mengikis imej buruk tersebut, sehingga pernah diberi anugerah pada 2017 kerana usaha menentang rasisme.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Beitar Jerusalem: Kelab Paling Rasis & Paling Anti-Muslim Di Israel

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN