Penyokong Aston Villa Memaki Dan Menghina Gerrard Ketika Aksi Bertemu Fulham

Steven Gerrard secara rasminya telah dipecat dari jawatan beliau sebagai pengurus skuad utama Aston Villa dan ia sepertinya satu berita yang sangat menggembirakan para penyokong.

Mengapa ia dianggap berita yang menggembirakan para penyokong? ia kerana para penyokong Aston Villa sememangnya tidak gembira melihat Steven Gerrard terus mengendalikan kelab kesayangan mereka itu.

Ketika Villa sedang beraksi bertemu Fulham dalam saingan Premier League malam semalam, para penyokong pasukan pelawat tak henti-henti chanting lagu-lagu yang menghina pengurus kelab mereka itu.

Tular video di media sosial yang memperlihatkan bagaimana penyokong Aston Villa meluahkan rasa tak gembira mereka terhadap pengurus kelab mereka itu.

Aston Villa tewas 3-0 di tangan skuad kendalian Marco Silva di Craven Cottage awal pagi tadi dengan Harisson Reed dan Aleksandar Mitrovic mencatat nama sebagai penjaring gol untuk pasukan tuan rumah dan satu lagi gol adalah gol sendiri jaringan Tyrone Mings.

Bukan aksi atas padang yang mencuri perhatian peminat, sebaliknya gelagat serta chanting-chanting dari para penyokong yang sepertinya lebih menarik perhatian.

Para penyokong menyanyikan lagu ‘We want Gerrard Out’ dan mereka turut menghina legenda Liverpool itu dengan mengungkit insiden slip pada tahun 2014 lalu itu.

Ada juga segelintir peminat yang memaki hamun Gerrard dengan mengusir legenda Premier League itu supaya meninggalkan Villa Park secepat mungkin.

Bahkan ada peminat yang sudah meramal dari awal bahawa Steven Gerrard akan dipecat selepas tamat perlawanan bertemu Fulham itu.

Hal tersebut benar-benar berlaku selepas pihak kelab secara rasminya mengumumkan yang Steven Gerrard di pecat sebaik tamat perlawanan tersebut.

Steven Gerrard sendiri tidak pergi ke arah para penyokong selepas tamat perlawanan tersebut, dengan beliau sekadar berdiri di tengah padang dan kemudian kembali ke bilik persalinan.

Kekalahan tersebut menyebabkan Aston Villa kini berada di kedudukan ke-17 dalam carta saingan Premier League dengan mereka kini hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan sahaja dengan zon penyingkiran.

Seandainya Villa gagal untuk mengubah kedudukan mereka, sepertinya mereka bakal tersingkir dan akan beraksi dalam saingan Championship pada musim baharu nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN