Belum pun disahkan dan dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Arsenal, Mikel Arteta sudah menerima pelbagai respon dan reaksi negatif dalam kalangan penyokong ketika ini.
Arteta ketika ini adalah calon hangat yang dikatakan bakal menjadi pengurus baharu Arsenal dalam masa terdekat. Keputusannya akan diketahui selewat-lewatnya pada minggu ini.
Kempen #ArtetaOut sudah bermula dan telah menjadi viral dalam kalangan penyokong-penyokong Arsenal. Bagi mereka, terdapat pelbagai alasan untuk menolak pelantikan Arteta.
Arteta masih mentah dalam pengurusan
Arteta baharu sahaja dua tahun menjadi penolong kepada Pep Guardiola di Manchester City dan itu merupakan tugasan di belakang tabir pertamanya selepas bersara.
Dia bersara pada penghujung musim 2015/16 selepas dikecewakan dengan beberapa siri kecederaan. Walaupun ditawarkan tugasan di akademi Arsenal, Arteta memilih untuk menyertai kem Pep.
Why the F would Arteta get the job when Henry, Vieira, Adams have all had managerial experience? #ArtetaOut
— Bergs (@bergchamp) May 14, 2018
Pemilik Twitter, Bergs mempersoalkan mengapa lagenda Arsenal lain yang memiliki pengalaman sebagai pengurus tidak dilantik seperti Thierry Henry, Patrick Vieira serta Tony Adams.
Vieira kini merupakan pengurus New York City bermula pada 2016 dalam saingan Major League Soccer (MLS) dan Henry pula adalah pembantu pengurus skuad kebangsaan Belgium.
Umum mengetahui minat mendalam Henry untuk kembali ke Emirates untuk menggantikan Arsene Wenger apabila masanya tiba dan kini peluang telah tersedia buatnya.
Club like Manchester United couldn't give full-time Managerial debut to Ryan Giggs after being assistant to LVG.
Now Arsenal are giving Mikel Arteta full-time Managerial debut after being assistant manager to Pep Guardiola?#Arteta #ArtetaOut #Arsenal #AFC #Gunners #PL #FPL pic.twitter.com/5FEFXTMbt0
— ℕ𝕚𝕔𝕜 (@UnickUTD) May 15, 2018
Ada benarnya kenyataan pemilik Twitter Nick apabila telah membuat perbandingan dengan tindakan Manchester United yang tidak memberikan Ryan Giggs jawatan pengurus sebelum ini.
Ryan Giggs yang cukup istimewa di Man United pun tidak ditawarkan untuk menjadi pengurus, tetapi Arteta yang hanya beraksi selama 5 musim di Arsenal telah dilantik?
Ada yang mengatakan ianya mungkin atas faktor Pep Guardiola.
Muda dan masih ada rakan-rakan di dalam pasukan
Untuk menguruskan pasukan elit seperti Arsenal, Arteta dikatakan terlalu muda dan berkemungkinan besar akan dibebani masalah dalaman yang menyebabkan dia bakal terbuang.
Arteta baharu sahaja meninggalkan Arsenal sebelum musim 2016/17 bermula dan kini selepas lebih kurang dua tahun, dia ingin kembali ke pangkuan Arsenal sebagai pengurus?
Mampukah Arteta mengawal situasi dalam pasukan yang rata-rata masih dibarisi bekas rakan sepasukannya?
https://twitter.com/Sandeep_S_Singh/status/995440109443936256
Menurut pemilik Twitter Sandeep Singh, beliau mengatakan bahawa mengapa melepaskan Wenger untuk mendapatkan pengurus yang berkemungkinan akan gagal mengawal situasi dalam pasukan.
Bekas rakan sepasukan Arteta yang masih bersama pasukan pasti sukar untuk menukar statusnya dari rakan kepada pengurus pasukan. Ia sedikit sebanyak akan menimbulkan konflik.
Arteta perlu mewujud dan mengukuhkan pengaruhnya untuk mengawal pasukan dan adakah dengan usia dan pengalaman ceteknya ini akan membantunya dalam proses ini?
Untuk memperjudikan nasib pasukan kepada bekas pemain yang baharu sahaja meninggalkan kelab dan tiada pengalaman sebagai pengurus tampak sangat ‘rapuh’ dan meragukan.
Mengapa Pep Guardiola relakan Arteta pergi
Paul Gallagher dalam artikel terbaharunya, ‘Why Mikel Arteta is the wrong man for the Arsenal job – at least for now‘ di iNews mempersoalkan perkara ini.
Jika Arteta adalah permata berharga dalam bidang pengurusan, mengapa Pep dan juga Manchester City seakan-akan dengan mudah merelakannya pergi.
“Jika dia kekal, saya adalah insan paling bahagia di dunia. Jika dia putuskan untuk pergi atas sebab tawaran ini, pilihan ini, saya tidak akan menghalangnya,” ujar Pep kepada Independent.
“Saya mahukan yang terbaik untuk kawan-kawan saya dan dia adalah salah seorang kawan saya, saya mahukan yang terbaik untuknya,” jelas Pep lagi mengenai Arteta.
Jika Arteta adalah individu penting untuk Pep pasti Manchester City akan mempertahankannya. Namun kini, mereka sedang memimpinnya ke pintu keluar dengan hati yang senang.
Penulis memberikan contoh pembantu kepada Jose Mourinho, Rui Faria yang baru menerima tawaran mengurus selepas 17 tahun dan Mourinho pada awalnya berat untuk merelakannya.
Dan Gallagher juga menekankan bahawa City takkan langsung terkesan dengan penghijrahan ini.
Arteta Puppet?
Terdapat beberapa luahan daripada penyokong-penyokong Arsenal yang menyatakan Arteta hanya akan menjadi boneka kepada Lembaga Pengarah Arsenal.
https://twitter.com/Snrihaza/status/996299769822801920
Menurut pemilik Twitter Ms Jones, pemilik dan ahli Lembaga Pengarah Arsenal hanya mahukan pengurus yang tidak akan menyoal segala tindak tanduk mereka.
Jika Arsenal memilih untuk melantik pengurus yang jauh lebih berpengalaman, pastinya mereka akan perlu kerap kali ‘berhadapan’ dengan pengurus tersebut.
https://twitter.com/khima88/status/996422434399117313
Ada juga yang menyatakan Arsenal sudah tidak berminat untuk bersaing dalam segala aspek dengan kelab-kelab lain dengan penyertaan Arteta selepas ini.
Bajet tahunan bakal dikurangkan oleh ahli lembaga pengarah dan Arsenal diramalkan akan jauh terbelakang pada musim hadapan jika perkara ini berlaku.
Penutup
Adakah penyokong Arsenal terlalu awal melancarkan kempen #ArtetaOut? Beliau belum pun memulakan tugas, malah belum secara rasmi dilantik sebagai pengurus yang baharu.
Andrew Dowdeswell menulis di dalam Pain In The Arsenal menyatakan bahawa Arteta telah bekerja bersama ‘otak’ taktikal bola sepak terhebat di dunia ketika ini iaitu Pep.
Jadi, jika dibandingkan dengan calon pengurus Arsenal yang tinggal iaitu antara Arteta dan Henry, Arteta adalah calon paling layak untuk mengendalikan pasukan.
Dan menurut Dowdeswell lagi, Arteta juga pernah mendapat peluang untuk mengendalikan skuad Manchester City dalam saingan liga sebelum ini.
Oleh yang demikian, untuk mengenepikan bekas kapten yang memiliki pengaruh Pep di dalam dirinya adalah satu kerugian.
Bak kata Wenger dalam temuramah bersama The Guardian baru-baru ini, “Dia tahu apa yang terbaik buat kelab dan dia juga adalah bekas kapten kelab itu. Jadi, mengapa tidak?”
Ia juga bukanlah pendapat yang mewakili semua penyokong Arsenal. Pandangan anda pula bagaimana? Kongsikan di ruangan komen.