The Sun terus menjadi akhbar yang kontroversi. Sebelum ini, kelab seperti Liverpool dan Everton mengambil keputusan untuk memboikot dan melarang The Sun di sekitar kawasan premis bola sepak mereka.
Everton mengambil langkah solidariti sebandar untuk kelab Liverpool.
Ini selepas laporan palsu The Sun mengenai peristiwa Hillsborough dengan niat menwujudkan sensasi di kalangan pembaca dengan tujuan melariskan akhbar mereka.
Musim lalu, Jurgen Klopp pernah memberitahu wartawan The Sun yang beliau terpaksa mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan dari pihak akhbar tersebut.
Ini kerana Klopp menyokong usaha kelab Liverpool untuk memboikot akhbar tersebut.
Beberapa jam lalu, penyokong Arsenal pula melancarkan kempen untuk memboikot The Sun selepas berang dengan tajuk muka hadapan akhbar tersebut.
Ini selepas tajuk muka depan The Sun yang menggunakan nama Arsenal untuk menarik perhatian pembaca. The Sun meletakkan tajuk:
“Jihadi Killer In An Arsenal Shirt”
Atapun terjemahannya:
“Pembunuh Jihadi Memakai Jersi Arsenal.”
The Sun telah memainkan sentimen sensitif sekali lagi dalam melaporkan berita tentang pengeboman di London. Tajuk berita yang terlebih sensasi.
The Sun melaporkan 3 individu telah memandu van ke pusat tumpuan orang ramai dan menyerang orang awam di situ. 7 terbunuh dan 48 lagi cedera.
Ketiga-tiga penjenayah tersebut akhirnya ditumpaskan pihak polis.
Beberapa akhbar tempatan menyiarkan berita tentang peristiwa ini. Namun The Sun mengambil keputusan untuk menarik perhatian pembaca dengan seorang lelaki (penyerang) yang terbaring memakai jersi Arsenal.
Rata-rata penyokong Arsenal marah dengan tindakan editor The Sun.