Penyokong Angers SCO Anggap Liridon Krasniqi, ‘The New Dickson Nwakaeme’

Laman Facebook penyokong Angers SCO, Incroyable Angers SCO – IASCO, telah memuat naik berita mengenai kehadiran pemain import Kedah, Liridon Krasniqi dalam sesi pemilihan di kelab tersebut.

Dapat dilihat daripada komen pada berita yang dimuat naik itu, rata-rata penyokong Angers SCO seakan-akan kurang bersetuju sekiranya kelab berminat untuk meneruskan niat mereka.

Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada pemilik akaun facebook François Albert yang menulis, “Dickson Nwakaeme yang baru!”

Seorang lagi penyokong Angers SCO iaitu Brun Eau pula dilihat menulis, “Seorang lagi pemain yang tidak dikenali datang…pfff..menyedihkan.”

Andre Foot pula menulis, “Apabila anda di tahap CFA (Liga Amatur di Perancis), anda semestinya berjaya di Liga Malaysia, tetapi untuk bermain di Ligue 1, anda adalah Dickson yang baharu.”

Itu adalah sebahagian daripada komen-komen para penyokong kelab yang berpengkalan di Perancis itu. Dan lebih menarik, terdapat juga penyokong Kedah yang turut dilihat mencoretkan komen-komen positif.

Antaranya komen daripada Mohd Nabil, “Pemain terbaik di Malaysia. Jika anda mahukan Liridon menjaringkan gol pasti sukar, tetapi dia memiliki skil yang bagus dan selalu melakukan bantuan gol.”

Matnez KHai pula menyatakan, “Seorang pemain yang bagus, penuh dengan skil tetapi agak perlahan. Seorang pemain tengah, tidak terlalu fizikal, mempunyai teknik yang baik dan banyak melakukan bantuan gol.”

Para penyokong kelab yang mendapat jolokan Les Scoïstes itu dilihat sentiasa mengaitkan berita ini dengan Dickson Nwakaeme, bekas penyerang import Pahang yang pernah beraksi di kelab mereka.

Ini kerana, kehadiran Nwakaeme di Angers SCO boleh dianggap sebagai satu kegagalan. Penampilan pertamanya bersama kelab pasti akan sentiasa diingati oleh para penyokong dan juga Nwakaeme sendiri.

Foto: Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my

Pada 24 September 2016, penyerang bertubuh sasa itu telah menjaringkan gol sendiri ketika kelabnya itu tewas 1-2 kepada AS Monaco, dalam perlawanan liga.

Kontraknya ditamatkan selepas semusim bersama Angers SCO dan kini dikhabarkan akan kembali berkelana ke Liga Malaysia (Liga M) untuk musim depan.

Liridon dikaitkan dengan perpindahan ke kelab tersebut pada minggu lalu dan dengan kontraknya masih berbaki setahun, Angers SCO mungkin terpaksa menebus kontraknya.

Perkembangan terbaharu yang dilaporkan oleh Bernama, Liridon akan menyertai skuad Lang Merah di Surabaya pada hari terakhir kejohanan Piala Super Suramadu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN