5 Patung Monumen Pemain Bola Sepak Yang Dikecam Netizen

Pembinaan patung monumen pemain-pemain bola sepak dunia dibina bagi memperingati dan menghargai jasa-jasa mereka ketika bersama pasukan bola sepak tertentu.

Kebanyakkan patung-patung monumen pemain bola sepak di serata dunia telah dibina gah di hadapan mahupun di sekitar perkarangan stadium sebagai mercu tanda kejayaan sesebuah pasukan.

Tetapi, bagaimana jika patung yang dibina bagi menghargai dan memberi penghormatan kepada pemain tersebut telah mendapat ejekan dan kecaman para nitezen ?

Terdapat 5 patung pemain bola sepak yang gagal menambat hati peminat dan telah mendapat kecaman netizen di seluruh dunia.

1. Michael Essien

Pada awal tahun 2018, dunia dikejutkan dengan satu foto patung yang dimuat naik oleh netizen. Patung tersebut merupakan bekas pemain Chelsea, Michael Essien.

Namun demikian ramai pihak memberi komen negatif dengan beranggapan bahawa bentuk patung tersebut sangat buruk. Patung itu telah di bina di sebuah daerah di Kumasi, Ghana.

Sehingga sekarang, patung Essien terus mendapat kecaman dan menjadi bahan ejekan di media sosial. Bentuk fizikal patung dilihat sangat berbeza dengan karakter Michael Essien. Patung Essien dilihat seperti cacat dengan reka bentuk yang tidak menarik.

2. Cristiano Ronaldo

Sebagai bentuk penghormatan diatas kejayaan Ronaldo membantu pasukan kebangsaannya Portugal menjuarai Piala Eropah pada tahun 2016 di Perancis, nama Cristiano Ronaldo telah diabadikan pada Lapangan Terbang di Funchal, Kepulauan Madeira.

Lapangan Terbang Madiera telah ditukarkan kepada Cristiano Ronaldo International Airport. Selain itu, Ronaldo turut dihadiahkan sebuah patung kepala dengan wajah dirinya.

Patung kepala Cristiano Ronaldo dirasmikan bersama nama baru lapangan tersebut dalam sebuah majlis. Namun apabila perasmian tersebut dilakukan, patung kepala Ronaldo itu telah dijadikan bahan jenaka oleh para netizen.

Bukan itu sahaja. Ada peminat melakukan photoshop terhadap gambar patung berkenaan terutamanya di laman Twitter dengan pelbagai jenid ‘meme’. Patung kepala Ronaldo tersebut dikatakan sangat berbeza dengan mirip wajah bintang Real Madrid tersebut.

(Photo by Octavio Passos/Getty Images)

3. Diego Maradona

Pada penghujung tahun 2017, sebuah patung dibina bagi memberi penghormatan kepada bekas pemain juga legenda Argentina iaitu Diego Maradona.  Patung itu dibina di Kolkata, India.

Patung gangsa berukuran 12 kaki ini diinspirasikan dari kejuaraan oleh Argentina di Piala Dunia 1986.

Akan tetapi, selepas patung ini dipertontonkan secara umum di khalayak ramai, ia telah mendapat kecaman hebat bukan hanya oleh penduduk setempat, bahkan patung itu turut mendapat ejekan di serata dunia.

Ini adalah kerana mereka beranggapan wajah patung berkenaan sama sekali tidak menunjukkan rupa mirip Maradona.

Malah, ada di kalangan peminat bolasepak beranggapan bentuk fizikal patung tersebut lebih menyerupai Susan Boyle yang juga merupakan seorang penyanyi wanita berasal dari Scotland.

4. Alexis Sanchez

Selepas berjaya membantu Chile menjulang kejuaraan Copa America pada tahun 2016, Alexis Sanchez telah diberi penghormatan oleh kerajaan Chile dengan pembinaan sebuah patung dengan wajah seperti dirinya.

Patung Sanchez ini dibina sebagai tanda penghargaan jasa pemain itu bersama skuad kebangsaan dipentas bolasepak antarabangsa.

Namun, selepas ianya diperkenalkan buat kali pertama, orang ramai dikatakan tidak berpuas hati dengan rupa bentuk patung tersebut.

Kebanyakan daripada mereka memberi komen bahawa bentuk badan pemain Arsenal tersebut dilihat terlalu gemuk.

5. Luis Suarez

Pada tahun 2016, penyerang sensasi Barcelona, Luis Suarez telah diberi penghormatan oleh kerajaan Uruguay. Sebuah patung khas mirip penyerang Barcelona itu telah dibina di sebuah kota di Salvo, Uruguay yang juga merupakan tempat kelahiran pemain tersebut.

Namun, sayangnya wajah patung itu menjadi bahan ejekan segelintir peminat bolasepak. Ini kerana, wajah patung tersebut dilihat jauh sekali daripada menyerupai mirip wajah bekas penyerang Liverpool itu.

Pada tahun lepas, patung Suarez pernah dirosakkan oleh penduduk tempatan yang tidak bertanggungjawab, bahkan pernah diberitakan bahawa patung tersebut telah hilang dari tempat asalnya.

Namun, pihak keselamatan telah berjaya menemukannya semula.

Penutup

Di Malaysia, pembinaan monumen-monumen sebegini bukanlah satu keperluan. Ada pelbagai lagi cara untuk menghargai atau pun wira-wira kita yang beraksi di atas padang.

Merujuk kepada keputusanMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera, Muzakarah telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Oleh itu kita mengharapkan tidak ada usaha daripada mana-mana pihak untuk cuba membina patung-patung pemain di negara ini. Jauhkan kontroversi, tingkatkan prestasi!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN