Gara-gara kerana kegagalan skuad Argentina mara ke peringkat suku akhir kejohanan Piala Dunia di Russia, pengendali pasukan itu, Jorge Sampaoli mungkin dipecat susulan kekalahan 3-4 di tangan Perancis, menurut laporan daripada media amerika latin.
Hearing that confirmation on Argentina coach Jorge Sampaoli's departure will be made today.
— Roy Nemer (@RoyNemer) July 2, 2018
Khabar angin menyatakan beliau sudah tidak sehaluan dengan pemain termasuk kapten, Lionel Messi yang menyaksikan beliau dijangka dipecat selepas setahun mengendalikan pasukan meskipun kontraknya masih berbaki empat tahun.
“Lebih berseorangan berbanding si gila yang kesunyian,” lapor akhbar sukan Ole di muka hadapannya.
“Di sana ada jalan keluar.”
El Diario Deportivo Ole de Argentina titula con el momento que vive Sampaoli en la Seleccion. pic.twitter.com/Zi955FrZ2S
— Carlos Javier Vidal (@charlivi91) July 2, 2018
Namun timbul masalah apabila Sampaoli enggan untuk meletakkan jawatan dengan klausa menyatakan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) perlu membayar AS$15 juta (RM60 juta) kepada jurulatih berusia 58 tahun itu jika mereka menyingkirkannya.
“Pengurusan mahu Sampaoli supaya meninggalkan pasukan namun jurulatih itu enggan,” kata Ole yang menjalankan undian ke atas 100,000 rakyat Argentina dan 82 peratus daripadanya mahukan bekas bos Chile dan Sevilla itu disingkirkan.
Rekod Sampaoli sejak menjadi jurulatih pasukan itu pada 2017 tidak begitu memberangsangkan dengan piawaian tinggi pasukan itu tujuh kemenangan, empat seri dan empat kekalahan dalam 15 perlawanan.
Messi received only two passes from his teammates inside the penalty area during the whole World Cup, i’m not only blaming the players. The main responsible for the knockout was the Sampaoli, after starting Meza, keeping Dybala on the bench and leaving Icardi at home.
— Mootaz Chehade (@MHChehade) July 2, 2018
Beliau dilantik sebagai jurulatih susulan reputasi tinggi selepas berjaya mengemudi Chile merangkul Copa America 2015 dengan menewaskan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.
Namun, juara dua kali itu bergelut untuk melayakkan diri ke Russia susulan prestasi hambar pada kempen kelayakan.