Penyiar Rasmi Liga Malaysia, iflix Sentiasa Yakin Terhadap MFL

Ketua Pegawai Pemasaran iflix, Jason Monteiro menegaskan pihaknya sentiasa menaruh keyakinan tinggi kepada Malaysian Football League (MFL).

Lebih tepat, Jason tanpa berselindung mendedahkan iflix yang menjadi penyiar rasmi Liga Super musim ini, akan terus kekal menjadi salah satu penaja kepada penganjur Liga Malaysia itu.

Semalam, MFL telah mengumumkan penamatan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia (TM) yang sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada 29 Januari tahun lalu.

Di sebalik ketiadaan TM, Jason tetap memberikan jaminan kepada semua pihak khususnya penyokong bola sepak tempatan bahawa iflix sentiasa berdiri teguh untuk memberikan sokongan kepada MFL pada musim ini.

“Kita percaya bola sepak bukan sahaja milik rakyat Malaysia tetapi ia adalah hak kepada penyokong untuk menikmati sukan ini yang diangkat menjadi sukan nombor satu dalam negara ini

“Jadi kami ingin menjelaskan dan memastikan kepada peminat bahawa iflix sentiasa memberikan sokongan kepada bola sepak, akan sentiasa terus melabur dalam bola sepak tempatan dan kami memastikan tidak kira apa yang akan berlaku, kami iflix memastikan semua peminat masih dapat menonton di iflix yang menjadi rakan penyiar rasmi.

“Kami sebenarnya sangat gembira dengan perkembangan syarikat kami sendiri sejak bekerjasama dengan MFL.

“Jadi, kepada peminat di luar sana kami turut meminati sukan bola sepak seperti kamu dan kami akan memastikan iflix sentiasa berada di sisi,” katanya.

 

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Ampersand Advisory, Sandeep Mark Joseph yang turut senada bersama Jason, menganggap Liga Malaysia memiliki potensi cukup besar yang mana ia seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya rakan penaja.

“Sebagai organisasi membawa penaja masuk ke MFL, kami sentiasa yakin penaja akan sentiasa datang (menaja MFL) dan menunjukkan MFL adalah satu syarikat korporat yang dijalankan dengan penuh profesional,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN