Dua bekas penyerang England, Michael Owen dan juga Alan Shearer kini dalam perbalahan selepas pengakuan kontroversi dilakukan Owen.
Menurut BBC Sport, Owen menerusi buku tulisannya Reboot: My Life, My Time mendedahkan penyesalan dirinya berpindah dari Real Madrid ke Newcastle United pada 2005.
Beliau mengatakan perpindahan itu adalah sesuatu yang memundurkan kariernya dan dirinya menyesali keputusannya berhijrah ke sana.
Menurut Owen, beliau mengatakan yang dirinya sebenarnya sudah memilih untuk kembali semula ke Liverpool yang merupakan kelab terdahulunya sebelum ke Sepanyol.
Namun kepulangan semula itu tidak menjadi kerana menurut Shearer, Owen pergi ke Newcastle United kerana duit!
“Ya benar Michael, kami juga berfikiran yang sama, ketika memperoleh £120 ribu seminggu,” kata Shearer di Twitter.
Shearer berkata demikian pada video temuramah Owen bersama BT Sport pada 2018 yang mengatakan dirinya tidak sabar untuk bersara ketika di enam atau tujuh tahun terakhir kariernya.
Yes Michael, we thought that also, whilst on £120k a week….. @nufc https://t.co/bzzEDdjdN1 pic.twitter.com/I4CdsQcKKr
— Alan Shearer (@alanshearer) September 3, 2019
Owen kemudiannya tidak duduk diam, beliau membalas kenyataan Shearer itu dengan mempersoalkan kesetiaan legenda Newcastle United itu kepada pasukannya.
Dimata penyokong Newcastle United, Shearer merupakan pemain yang cukup setia dengan mereka. Mana tidaknya, beliau merupakan penjaring gol terbanyak kelab sepanjang zaman!
“Tak pasti sama ada betul ke kau betul-betul setia kepada Newcastle United seperti yang dicanangkan.”
“Aku masih jelas lagi ingat waktu itu kau hampir menyertai Liverpool selepas Sir Bobby Robson (pengurus Newcastle United waktu itu) meletakkan kau di bangku simpanan ketika menentang Watford. Kau lakukan apa sahaja untuk keluar.”
Pendedahan berani dari Owen mengenai kesetiaan Shearer terhadap Newcastle United pastinya akan menjejaskan sedikit sebanyak reputasinya di mata penyokong.
Not sure you are as loyal to Newcastle as you make out mate. I distinctly remember you being inches away from signing for Liverpool after Sir Bobby Robson put you on the bench. You tried everything to get out. https://t.co/ZQBrlojeEv
— Michael Owen (@themichaelowen) September 3, 2019
Perang mulut antara dua pemain ini di Twitter berterusan sehingga kini dengan Gary Lineker yang berkerja bersama-sama mereka mengambil keputusan untuk tidak memihak Owen mahupun Shearer.
“Nampaknya ada sedikit sejarah di sini ya? Aku suka kalian berdua jadi aku tak akan memihak sesiapa pun.”
Lineker berkerja bersama Shearer di rancangan Match of the Day terbitan BBC manakala beliau bersama Owen di rancangan UEFA Champions League di BT Sport.