Penyerang Newcastel United, Salomon Rondon yakin persembahan bertenaga bakal dipersembah skuad itu ketika berdepan Liverpool di Anfield pada perlawanan ke-19 Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar lagi.
Katanya, The Magpies sudah bersiap sedia untuk membuat kejutan bertemu Liverpool meskipun diketahui ramai bahawa kelebihan lebih memihak kepada pasukan tuan rumah itu.
Rondon berkata, beliau akui dengan kehebatan Liverpool ketika ini, namun penyerang berusia 29 tahun itu percaya rakan sepasukan juga mampu memberi tentangan sengit buat Liverpool untuk perlawanan itu nanti.
“Salah, Firminio dan Mane adalah pemain hebat tetapi setiap perlawanan adalah sukar,” kata Rondon.
“Liverpool bermain sangat baik, Salah dan Firminio menjaringkan banyak gol, tetapi kami juga perlu fikir yang pemain kami juga mampu untuk melakukannya.”
“Kami akan menghormati pihak lawan. Tetapi kami tahu yang kami mampu memperolehi keputusan yang baik.”
Tambah Rondon lagi, “Pengurus (Rafa) ada berkata kepada kami, jika kita tidak mampu menang (lawan Liverpool), jangan kalah.”
Crystal Palace memberi inspirasi
Rondon bagaimanapun sempat memuji persaing mereka, Crystal Palace yang berjaya membuat kejutan menewaskan Manchester City 3-2 pada perlawanan minggu lalu.
Bagi Rondon, beliau menyifatkan kemenangan Crystal Palace itu telah berjaya memberi sumber inspirasi buatnya dan rakan pasukan untuk berdepan Liverpool selepas ini.”
Rondon berkata, meskipun perlu berdepan Liverpool yang sekarang berada dikemuncak prestasi, segala kemungkinan boleh berlaku dan Newcastle mampu untuk membuat kejutan disana.
“Kami menantikannya (Liverpool) kerana ini adalah pertandingan berikutnya. Kami harus memainkannya. Ia agak sukar, namun perlu diakui yang semua perlawanan juga boleh dikatakan sukar.”
“Kami akan pergi ke sana (Anfield) untuk mendapatkan beberapa mata.”
“Contoh terbaik adalah Crystal Palace yang berjaya menewaskan Man City di tempat lawan, sehingga anda semua tidak pernah ketahui apa yang boleh terjadi.”