6 Kelab Buat Romelu Lukaku Jika Meninggalkan Manchester United

Manchester United telah meluluskan cuti ehsan kepada Romelu Lukaku selama 2 minggu.

Sepanjang tempoh itu, pasti Lukaku sedang memikirkan masa depannya sama ada mahu terus kekal berbakti di Old Trafford atau memilih untuk meninggalkan pasukan itu dalam waktu terdekat ini.

Penyerang asal Belgium itu menjalani musim terburuk bersama United ketika ini. Beliau hanya berjaya mencetak 6 gol daripada 15 penampilannya.

Kemerosotan prestasi Lukaku membuatkan dirinya menerima banyak kritikan dari para peminat sehingga ada yang mendesak untuk beliau keluar dari pasukan.

Terdapat laporan mendedahkan bahawa egen Lukaku, Mino Raiola sedang berusaha untuk membantunya keluar dari Manchester United dengan mencari kelab lain pada musim panas perpindahan ini.

Tetapi, pasukan manakah yang sesuai untuk penyerang berusia 25 tahun itu ? Berikut merupakan enam kelab yang masih mempunyai peluang buat Lukaku untuk beliau meneruskan kerjayanya disana jika beliau tinggalkan Old Trafford:

1. Chelsea

Tidak ada yang mustahil jika Lukaku kembali ke pangkuan kelab lamanya, Chelsea.

Sebelum Lukaku menandatangani kontrak menyertai Red Devils pada tahun 2017, beliau menjadi buruan utama Chelsea yang berhasrat untuk mendapatkan semula khidmat penyerang Everton itu.

Bagaimanapun, Antonio Conte gagal menarik minat Lukaku menyertai pasukannya dan Chelsea kemudianya membuat keputusan untuk merekrut Alvaro Morata.

Seperti diketahui, Chelsea kini sedang bergelut dibahagian hadapan mereka selepas Morata dan Giroud dilihat masih gagal memenuhi kehendak pasukan.

Maurizio Sarri harus segera mencari penyerang baru untuk membantunya merealisasikan kejayaan musim ini dan mungkin Lukaku adalah pilihan terakhir jika tiada penyerang lain yang berjaya direkrut oleh mereka pada Januari nanti.

2. Atletico Madrid

 

Musim 2018/19 adalah musim mencabar buat Atletico Madrid, selain perlu menghadapi persaingan sengit dari Barcelona, Sevilla dan Real Madrid dalam saingan La Liga, kelab itu juga sedang berdepan permasalahan diposisi serangan pasukan.

Diego Costa sudah melanjut usia 30an sementara Antoine Griezmann pula terus-menerus dikaitkan dengan kepindahannya ke kelab lain.

Meskipun Atletico mempunyai empat penyerang lain yakni, Gelson Martins, Nikola Kalinić, Ángel Correa, dan Vitolo, namun mereka masih kurang pengalaman untuk beraksi di pentas lebih besar seperti Liga Juara-Juara Eropah.

Hal ini membuatkan Simeone terpaksa membuat perancangan jangka masa panjang untuk menghadapi segala kemungkinan dan Lukaku yang memiliki pengalaman yang luas adalah calon sesuai buat Atletico Madrid.

3. Paris Saint-Germain (PSG)

Paris Saint-Germain’s supporters wave flags during the French L1 football match between Nimes and Paris Saint-Germain (PSG), on September 1, 2018 at the Costieres stadium in Nimes, southern France. (Photo by Pascal GUYOT / AFP) (Photo credit should read PASCAL GUYOT/AFP/Getty Images)

Meskipun trio serangan PSG –  Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan Neymar ketika ini berada dalam prestasi terbaik, namun kombinasi mereka bertiga mungkin tidak mampu untuk bertahan lebih lama.

Cavani sudah hampir mencecah usia 32 tahun, sementara Neymar dan Mbappe sedang menjadi buruan kelab besar seperti Real Madrid.

Pengurus PSG, Thomas Tuchel perlu segera mencari pengganti dan Lukaku adalah calon yang sesuai.

Diusia 25 tahun, Lukaku telah terbukti sebagai penyerang terbaik di dunia ketika ini.

Pengalaman luas Lukaku cukup untuk membantu PSG mengukuhkan kekuasaan mereka di pentas Eropah.

4. Borussia Dortmund

Paco Alcacer yang gagal bersinar di Barcelona telah berjaya membuktikan kemampuannya di Bundesliga bersama Borussia Dortmund dan mungkin Lukaku juga boleh melakukan perkara yang sama disana.

Ketika ini, Dortmund hanya bergantung harap dari Marco Reus, Jadon Sancho dan Paco Alcacer bagi mengemudi bahagian hadapan pasukan.

Bunyi agak ‘mustahil’ jika Dortmund mahu merekrut Lukaku memandangkan trio serangan pasukan kini berada dalam prestasi terbaik, namun Lukaku boleh jadikan sebagai pemain sandaran disana, jika pemain utama mengalami kecederaan atau digantung perlawanan.

Menurut laporan dari Goal, pengurus pasukan, Lucien Favreu pernah menunjukkan minatnya terhadap Lukaku. Bagi Favreu, beliau yakin bahawa Lukaku mampu menjadi pemain hebat di Dortmund seperti yang pernah dibuktikan Michy Batshuayi semasa menjadi pemain pinjaman mereka.

5. Juventus

24th November 2018, Allianz Stadium, Turin, Italy; Serie A football, Juventus versus SPAL; the supporters of Juventus (photo by Pierpaolo Piciucco/Action Plus via Getty Images)

Menerusi laporan SkySport pada 15 Oktober lalu, Lukaku pernah meluahkan keinginan untuk beraksi di Serie A bergandingan dengan Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala dan Douglas Costa di Juventus.

Bagaimanapun, peluang untuk melihat Lukaku berseragam Bianconeri dalam waktu terdekat memang agak mustahil.

Juvetus nampaknya masih tidak memerlukan penyerang tambahan lain kerana mereka sudah memiliki penyerang berkelas dunia, Mario Mandžukić.

Namun, potensi Lukaku untuk ke Itali besar kerana adik lelakinya, Jordan Lukaku juga sedang mencuba nasib dengan Lazio dalam Serie A.

6. Liga Super China

Bintang bola sepak yang membuat keputusan untuk berpindah ke China meninggalkan kerjaya mereka di Eropah bukanlah satu perkara baru yang kita dengar.

Pemain seperti Oscar, Axel Witsel, Alex Teixeira, Paulinho dan Ezequiel Lavezzi, mereka sanggup mengenepikan tawaran kelab-kelab terkenal Eropah semata-mata kerana ingin memperolehi gaji yang lumayan di China.

Liga Super China (CSL) telah menjadi perhatian dunia bola sepak dengan menyaksikan persaingan hebat antara kelab-kelab kaya seperti Guangzhou Evergrande, Shanghai Shenhua FC dan Shanghai SIPG untuk merekrut pemain terkenal di Eropah.

Lukaku juga pernah mendedahkan di The Players Tribune bahawa faktor keluarga memberi motivasi kepadanya untuk bermain bola sepak dan wang yang ditawarkan oleh kelab-kelab besar di China pernah menarik minatnya untuk menjalani kerjaya disana.

Mungkin Lukaku juga boleh mengikut jejak pemain-pemain lain untuk beraksi di China dan  diusia yang masih 25 tahun, Lukaku mempunyai masa yang cukup panjang untuk menjalani pelbagai kejayaan di China.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN