Penyerang Muda Indonesia Tampil Menyerlah Di Slovakia

Seperti diketahui ramai, Indonesia mempunyai ramai bakat pemain bola sepak muda yang berjaya diketengahkan di pasaran luar negara serta meninggalkan impak positif bersama kelab masing-masing.

Antara yang mencuri tumpuan baru-baru ini merupakan pemain sayap lincah mereka iaitu Egy Maulana Vikri yang berjaya menemui rentak beliau, dengan membantu kelab diwakili, FC ViOn Moravce dalam saingan Slovak Super League meraih keputusan positif.

Terbaharu, seorang lagi wakil dari Indonesia yang turut beraksi dalam saingan tertinggi di Slovakia iaitu Witan Sulaeman turut memberi impak positif bersama kelab diwakilinya iaitu AS Trencin.

Pada perlawanan baru-baru Witan tampil selaku salah seorang penjaring gol buat pasukannya ketika mereka merekodkan kemenangan besar ketika mengatasi Slovan Hlohovec dengan keputusan 14-0.

Pemain sayap berbisa itu berjaya meledak dua gol pada perlawanan tersebut bagi saingan Slovak Cup pusingan kedua untuk membantu kelab diwakilinya mara ke pusingan ketiga.

Menurut CNN Indonesia, Witan dilihat semakin konsisten untuk menambah koleksi jaringan serta bantuan gol sejak beraksi dalam saingan tertinggi di Slovakia ini.

Witan mula mencipta sensasi tersendiri ketika dirinya dipinjamkan daripada Lechia Gdansk musim lalu untuk beraksi bersama FK Senica, apabila beliau berjaya meledak gol bersama kelab tersebut.

Untuk rekod Witan pada musim lalu bersama FK Senica, pemain ini telah meledak empat gol keseluruhan dengan dua jaringan dicatat sewaktu aksi Slovakia Cup serta dua lagi menerusi aksi ‘play-off’ Slovak League.

Ketika dalam saingan Slovakia Cup, Witan meledak gol ketika menentang SK Sasova dan Pohronie dan kedua lawan tersebut berjaya dikalahkan.

Selain turut meledak jaringan, Witan juga berjaya mencipta bantuan gol pada perlawanan menentang Pohronie.

Dalam aksi ‘play-off’ Slovak League pula, Witan berjaya memperoleh jaringan ketika menentang pasukan diwakilinya kini iaitu AS Trencin.

Jaringan tunggal yang dihasilkan Witan itu juga menyaksikan mereka tewas dengan keputusan penuh 1-4 di tangan kelab tersebut. Satu lagi gol diledak oleh Witan ketika mereka tewas kepada Zlate Moravce dengan keputusan 2-3.

Sehingga kini catatan yang dibuat oleh Witan sangat positif sepanjang karier beliau di Slovakia dengan enam gol dan dua bantuan jaringan dibuat.

Witan masih lagi mempunyai perjalanan masih panjang di sana dan sekiranya beliau terus konsisten, pemain ini berpeluang untuk diintai pasukan-pasukan lebih besar di Eropah.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN