Adakah Kedah Mampu Kekalkan Fayadh Zulkifli Musim Hadapan?

Kedah Darul Aman (KDA) boleh disimpulkan gagal untuk memberi cabaran terbaik mereka pada musim ini dalam saingan domestik apabila segalanya tampak kurang menjadi dari pelbagai sudut.

KDA tampil suram musim ini

Mereka juga sudah pun terlepas peluang untuk meraih slot ke pentas asia musim hadapan apabila kini berada di kedudukan ketujuh carta Liga Super 2022, dan dilihat sukar untuk sekurangnya berada pada posisi tiga terbaik.

Malah, KDA juga sudah pun terkandas dalam saingan Piala FA apabila tewas di tangan Terengganu pada aksi 16 terbaik dan gagal untuk mara lebih jauh.

Namun, mereka berupaya membuktikan sesuatu dalam saingan Piala AFC musim ini apabila tampil selaku juara Kumpulan G sebelum disingkirkan oleh PSM Makassar dalam pusingan separuh akhir peringkat zon Asia Tenggara.

Sesuatu yang perlu dirisaukan oleh KDA ketika ini adalah untuk mengekalkan pemain-pemain kunci mereka pada musim hadapan untuk terus memperkuatkan pasukan.

Musim terbaik Fayadh bersama KDA

Antara pemain tempatan paling menyerlah musim ini bersama KDA ialah pemain serangan tempatan mereka iaitu Fayadh Zulkifli.

Fayadh boleh dikatakan musim ini sedang menikmati saat terbaik beliau dari segi individu apabila tampil dengan jumlah jaringan agak baik disumbangkan beliau buat KDA.

Sehingga kini, catatan menunjukkan Fayadh telah meledak 8 gol keseluruhan bagi semua kejohanan telah disertai KDA termasuk Piala AFC.

Secara pecahan, Fayadh telah meledak empat gol pada saingan Piala AFC musim ini dengan dua gol masing-masing dalam aksi Piala FA serta Liga Super.

Karakter Fayadh bersama KDA

Menurut Don K-Rul Izham selaku penulis bebas KDA, Fayadh merupakan pemain yang selesa bermain secara ‘game changer’ buat pasukan dan menjadi senjata kedua yang boleh digunakan pasukan selaku senjata kedua sekiranya ingin mendapatkan gol.

Fayadh jika dilihat secara keseluruhan, beliau kurang memberi impak yang berkesan sekiranya diturunkan selaku pemain utama.

Namun, pemain sayap lincah ini boleh memberikan sesuatu sekiranya tampil beraksi selaku pemain simpanan buat KDA.

Corak permainan Fayadh bersama KDA

Walaupun bertubuh kecil, Fayadh boleh disifatkan sebagai sangat lincah menerusi kawalan bola, larian deras, serta keupayaan menewaskan lawan menerusi kelicikannya.

Fayadh mempunyai kualiti yang sangat bagus dari segi ancaman di hadapan gol, apabila pemain ini bijak meletakkan posisi beliau pada masa dan kedudukan sesuai untuk menerima umpanan, serta tajam menyudahkan peluang.

Menurut Don K-Rul Izham, Fayadh disifatkan sebagai pemain bergraviti rendah dan selesa di bahagian sayap pasukan menerusi kelebihan dimiliki beliau.

Namun, beberapa percubaan sebelum ini meletakkan Fayadh sebagai ‘inside forward’ atau ‘central winger’ menunjukkan pemain ini tidak kekok untuk beraksi dan memberi impak positif.

Adakah KDA mampu untuk kekalkan Fayadh?

Fayadh ketika ini bukan lagi boleh diletakkan sebagai kategori pemain muda KDA setelah beberapa musim beraksi bersama pemain senior.

Selepas ketiadaan Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid, dan Farhan Roslan, pemain ini tampil memberikan impak positif buat KDA menerusi kelincahan di atas padang.

Untuk saingan musim hadapan, KDA perlu memandang serius mengenai persiapan mereka dalam mengekalkan pemain utama termasuk Fayadh Zulkifli.

Tawaran gaji bersama beberapa syarat lain perlu dikaji dengan baik supaya mendapat persetujuan bersama daripada kedua belah pihak.

Dengan prestasi semasa serta sumbangan gol beliau setakat ini bersama KDA, dijangka pastinya pemain tersebut mendapat tumpuan kebanyakan pasukan lain untuk memperkukuhkan jentera serangan musim hadapan.

Persoalannya, adakah KDA mampu untuk terus mengekalkan Fayadh selaku pemain serangan mereka pada musim hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN