Penyerang KL City Beri Kepercayaan Penuh Buat Pengendali Baharu Mereka

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyerang muda Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Muhammad Haqimi Azim Rosli tampil sebagai antara pemain yang memberi kepercayaan penuh buat pengendali baharu mereka, Nenad Bacina.

Bacina secara rasminya dilantik selaku pengendali utama KL City, selepas bekas jurulatih pasukan tersebut iaitu Bojan Hodak melepaskan jawatan beliau untuk menyertai Persib Bandung di Indonesia.

Ketika ini, ramai pemerhati bola sepak tempatan memberi tumpuan kepada pasukan tersebut untuk melihat jika Bacina mampu meneruskan kejayaan ditinggalkan oleh Bojan atau sebaliknya.

Sejak musim 2021, KL City menjadi antara pasukan paling konsisten dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk melangkah ke pusingan final dalam kejohanan domestik serta antarabangsa bawah kendalian Bojan.

Malah, pengendali tersebut juga berjaya mencungkil ramai bakat pemain tempatan lain untuk tampil lebih menyerlah selain menaikkan nama tonggak naturalisasi negara iaitu Paulo Josue untuk lebih dikenali.

Maka, ini menjadi suatu tugas berat buat Bacina untuk memastikan momentum positif KL City tidak menjadi sebaliknya dan bertambah baik pada siri perlawanan akan dihadapi mereka masa akan datang.

Walaupun begitu, Haqimi Azim menganggap tiada perbezaan antara Bacina dan Bojan kerana kedua mereka pernah bekerjasama serta mempunyai persamaan falsafah dalam permainan.

“Bacina dan Hodak pernah bersama begitu lama, jadi taktikal mereka sama dan saya harap jurulatih baharu dapat beri yang terbaik buat KL City.

“Kami sebagai pemain pula akan beri komitmen 100 peratus baik di dalam mahupun luar padang bersama Bacina,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Untuk rekod, Bacina sebelum ini pernah bekerjasama dengan Bojan pada musim 2021 selaku pembantu jurulatih buat KL City sebelum menyertai Al-Fayha selaku pengarah teknikal pasukan tersebut.

Hadir dengan pengalaman cukup luas, pastinya Bacina mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan KL City terus bertambah baik dalam aksi Liga Super serta Piala Malaysia musim ini.

Pada masa sama, Haqimi juga memasang tekad untuk terus memberikan segalanya terbaik di atas padang jika mendapat kepercayaan penuh daripada Bacina untuk siri perlawanan akan datang.

Kedudukan semasa kini menyaksikan KL City berada di tangga keenam Liga Super hasil tujuh kemenangan serta tujuh kali seri daripada 18 perlawanan dilalui mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN