Adakah Kelantan United Mampu Sekat Ketajaman Ivan Mamut?

Kelantan United bakal menghadapi aksi getir pada malam ini dalam saingan Liga Super 2023, dengan membuat perhitungan seterusnya bersama Terengganu di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, ianya mungkin suatu kelebihan terbaik buat Kelantan United untuk mencipta sesuatu rekod positif dengan sekurangnya memperoleh satu mata daripada perlawanan tersebut.

Namun, ianya tetap dianggap sukar kerana jurang perbezaan kedua pasukan ini agak ketara dan momentum semasa lebih memihak kepada Terengganu di segenap posisi.

Walaupun tidak begitu konsisten sebelum ini, hasil kemenangan besar Terengganu ketika menewaskan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) dalam saingan awal Piala Malaysia pastinya kini menaikkan motivasi mereka untuk menewaskan tuan rumah.

Berbanding tuan rumah, skuad kendalian Ailton dos Santos Silva itu mencatat kekalahan tipis pada aksi sulung mereka dalam saingan tersebut ketika menghadapi cabaran daripada Negeri Sembilan.

Antara perlu diberi perhatian oleh kem Kelantan United pastinya terarah kepada penyerang utama Terengganu ketika ini, Ivan Mamut.

Kecemerlangan Mamut untuk meledak hatrik pada aksi lalu ketika berdepan KL Rovers pastinya bakal dipertaruhkan oleh Tomislav Steinbruckner untuk menggempur kubu pertahanan Kelantan United.

Walaupun tampil dengan permulaan sedikit suram, Mamut dilihat tenang untuk memperbaiki aspek kualiti penyudah dimiliki beliau pada setiap perlawanan dihadapi Terengganu.

Rekod semasa ketika ini juga menyaksikan Mamut merupakan penjaring terbanyak buat Terengganu dan pastinya penyerang dari Croatia ini tidak ingin melepaskan peluang terhidang beraksi menentang pasukan bawahan seperti Kelantan United.

Walaupun begitu, Terengganu perlu berwaspada akan kekuatan semasa pasukan lawan yang kini dilihat semakin bertambah baik menerusi rombakan kecil dibuat pada jendela perpindahan kedua lalu.

Untuk rekod perlawanan lalu, kemenangan berpihak buat Terengganu dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan keputusan penuh 2-1.

Dua jaringan Terengganu terhasil menerusi pemain tengah berpengaruh mereka, Liridon Krasniqi serta penyerang import berbisa iaitu Jordan Mintah.

Manakala Kelantan United pula gagal untuk mencipta kebangkitan bagi sekurangnya mengikat keputusan seri selepas gol dihasilkan oleh OJ Porteria kekal dan tiada sebarang penambahan dapat dibuat mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN