Penyerang Import Baharu Kedah Akui Dirinya Tak Setanding Cristiano Ronaldo

Penyerang import baharu Kedah Darul Aman (Kedah) Milos Gordic mengakui kualiti beliau tidak setanding seperti bintang bola sepak terkenal iaitu Cristiano Ronaldo walaupun mereka mempunyai persamaan beraksi selaku penyerang.

Milos sebelum itu diperkenalkan secara rasmi oleh media Kedah dengan ucapan selamat datang telah diberikan pasukan tersebut kepada pemain berkenaan.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Miloš Gordić, pemain berasal dari Čačak, Serbia yang sebelum ini beraksi di Liga China dan Serbia.

“Dengan fizikal sasa dan berketinggian 1.87 meter, beliau akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari musim ini!

“Pemain berusia 31 tahun ini beraksi buat kelab Wuxi Wugo FC (China), kontrak pertama beliau diluar dari Serbia,” jelas kenyataan tersebut di media sosial Kedah semalam.

Untuk rekod, Milos beraksi dalam saingan divisyen kedua di China sebelum itu bersama Wuxi Wugo serta merekodkan empat gol dan empat bantuan jaringan daripada 16 penampilan secara keseluruhan.

Pemain berusia 31 tahun itu juga turut mewakili beberapa lagi kelab sepanjang karier beliau dan Kedah menjadi pasukan pertama buat Milos di Asia Tenggara pada musim ini.

Secara keseluruhan, statistik menunjukkan pemain dari Serbia ini sudah pun mewakili 10 pasukan tidak termasuk Kedah dan sudah pun merekodkan 131 penampilan bersama 31 gol dan 10 bantuan jaringan.

Menerusi laporan dikeluarkan Harian Metro, Milos menyatakan aspek kepantasan serta serta tajam di hadapan gawang gol menjadi kelebihan utama buat dirinya bersama Sang Kenari.

Malah beliau turut menjadikan bekas penyerang Manchester United yang juga pemain kebangsaan Portugal iaitu Ronaldo selaku idola dalam dunia bola sepak profesional.

“Saya memilki cara dan konsep permain sendiri tapi saya meminati cara serangan seperti Christiano Ronaldo yang juga pemain kegemaran saya. Mungkin saya tak setanding Ronaldo tetapi dengan kelebihan fizikal, saya mahu menjaringkan gol sepertinya.

“Semua jurulatih mahukan penyerang menjaringkan gol sebanyak mungkin, dan oleh itu saya perlu bekerja keras serta mendapatkan panduan daripada jurulatih dalam setiap rancangan yang diatur dalam pasukan,” jelas Milos menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Milos akui beliau memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri bersama Kedah, selepas ini kali pertama beliau beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Saya hadir ke Kedah untuk menjaringkan gol tetapi saya perlukan masa untuk serasi dengan pasukan yang sedang dibentuk oleh jurulatih Nafuzi Zain.

“Ini kali pertama saya akan beraksi di Liga M dan saya mahu bekerja keras untuk pasukan,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN