Harry Kane Akan Kembali Ke Spurs Musim Panas Ini Untuk Dakap Piala

Bintang bola sepak dunia, Harry Kane dilaporkan bakal mencipta kepulangan kembali ke Stadium Tottenham Hotspur pada musim hadapan untuk menjulang trofi kejuaraan.

Kane meninggalkan kelab tersebut pada musim lalu bersama rekod peribadi cukup hebat di England walaupun beliau tidak mendakap sebarang trofi kejuaraan sepanjang bersama Spurs untuk menyertai pasukan gergasi di Jerman, Bayern Munich.

Kepulangan beliau pada Ogos ini pasti menjanjikan sesuatu berbeza, kerana akhirnya Kane mungkin akan mendakap trofi sulung di stadium tersebut.

Ini kerana Spurs mempunyai perancangan untuk menjadi hos kepada siri jelajah Bayern Munich bagi aksi pramusim mereka di England dengan satu kejohanan ditetapkan iaitu Malta Cup.

Melihat kepada prestasi semasa membabitkan Bayern dan Spurs, akhirnya Kane berkemungkinan besar akan menikmati kejuaraan sulung beliau di stadium tersebut pada musim panas ini.

Kane tandatangani kontrak beliau bersama Bayern sejak musim panas lalu dengan tanda harga sebanyak £82 juta dan boleh meningkat kepada £100 juta selepas memberi impak besar di saingan Bundesliga.

Selain Bayern, sebenarnya Kane juga dikaitkan bersama Manchester United selepas pengendali The Red Devils, Eric ten Hag turut menunjukkan rasa minat kepada penyerang itu sebelum beliau menoktahkan masa depan di Jerman.

Musim pertama di Jerman, Kane tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan dirinya selaku peledak berbisa pasukan tersebut apabila beliau sudah pun menjaringkan 37 gol daripada 35 perlawanan bersama 12 bantuan jaringan.

Kepulangan beliau ke North London pastinya menjadikan sesuatu yang sangat beremosi dalam kalangan peminat kerana sumbangan besar diberikan pemain berusia 30 tahun itu sepanjang karier di sana.

Walaupun begitu, Kane gagal mendapatkan sebarang trofi bersama Spurs sepanjang tempoh 19 tahun di sana dan ia menjadi sesuatu sangat sukar buat pemain sehebat beliau.

Ia akan menjadi sesuatu sangat ikonik pada Ogos ini jika Kane mampu menjulang trofi di tempat yang pernah menaikkan nama beliau selaku antara peledak berbisa dunia walaupun memakai jersi berlainan.

Apatah lagi jika Kane sendiri mampu meledak gol kemenangan bersama Bayern di hadapan ribuan penyokong Spurs pada perlawanan yang akan berlangsung itu nanti.

Selain Kane, seorang lagi bekas pemain Spurs yang kini beraksi untuk Bayern secara pinjaman ialah Eric Dier dan dijangka turut akan beraksi pada perlawanan tersebut di posisi pertahanan bagi mengekang asakan serangan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN