Penyerang Dari Serbia Jadi Pilihan Utama Kedah Musim Ini?

Persoalan kini mula timbul dalam kalangan peminat mengenai penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) yang sehingga kini masih belum didedahkan secara rasmi dan adakah Sang Kenari hanya akan menggunakan khidmat Syafiq Ahmad sahaja?

Kedah menjadi antara pasukan yang sedikit misteri daripada segi persiapan mereka dengan beberapa kejutan dilakar kelab itu menerusi kemasukan beberapa pemain baharu musim ini.

Untuk slot tempatan, posisi penyerang utama Kedah kini diisi oleh bekas peledak berbisa Harimau Malaya iaitu Syafiq Ahmad bersama bekas pemain Manjung City musim lalu, Afeeq Ikmal dan kedua mereka sudah pun diperkenalkan secara rasmi.

Untuk rekod, Syafiq dan Afeeq bukan lagi nama asing buat para peminat Kedah kerana kedua penyerang tersebut pernah berbakti buat Sang Kenari beberapa musim lalu dengan aksi menyakinkan.

Bagi slot tempatan, ia dilihat cukup menyakinkan kerana pengalaman dimiliki Syafiq sebelum ini pastinya ditagih Nafuzi untuk mengemudi jentera serangan serta menjadi panduan buat bakat muda lain.

Afeeq pula tampil dengan momentum cukup positif pada musim lalu selaku penyerang utama, apabila beliau menjadi antara penjaring terbanyak dalam saingan Liga M3 bersama Manjung City.

Ketika ini timbul persoalan jika Sang Kenari turut akan mendapatkan pemain import baharu untuk menjadi sandaran utama mereka pada musim ini.

Menurut pendedahan daripada satu sumber kepada Semuanya BOLA, Kedah sebenarnya bakal mendapatkan seorang penyerang tulen baharu musim ini dan berasal dari Serbia.

Tanpa mendedahkan nama, beliau menyatakan penyerang import dari Serbia itu berkemungkinan bakal digandingkan bersama Syafiq selaku penggempur utama.

Selain penyerang tersebut, Kedah juga kini dilaporkan sedang menunggu khidmat pemain tengah baharu mereka sahaja untuk diperkenalkan iaitu Habib Haroon.

Habib yang beraksi beberapa musim bersama Terengganu sebelum itu dijangka akan diperkenalkan Kedah tidak lama lagi untuk kembali bersama Nafuzi Zain musim ini.

Terdahulu, dua pemain import di posisi sayap sudah pun diperkenalkan Kedah secara rasmi iaitu Sukhrob Nurullaev bersama bekas pemain Sang Penyu musim lalu iaitu Sony Norde.

Apapun, dijangka beberapa lagi pemain baharu berkemungkinan besar akan diperkenalkan Kedah pada masa hadapan untuk melengkapkan skuad tersebut serta memberi persaingan sengit sama seperti tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN