Pemain Sayap Kebangsaan Gambia Jadi Rekrut Terbaharu Kelantan?

Kelantan Darul Naim (Kelantan) dilaporkan kini hampir pasti untuk melengkapkan senarai pemain import mereka bagi persaingan Liga Malaysia musim 2024/2025 dengan salah seorang daripadanya sudah pun sah ditandatangani.

Terdahulu, Kelantan sudah pun mengikat pemain tengah kebangsaan Palestin iaitu Oday Kharoub selaku perancang utama mereka pada musim ini.

Kehadiran pemain yang turut beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar itu menjadi isyarat penting mengenai betapa serius Kelantan untuk mengharungi saingan hadapan.

Selain Oday, seorang lagi pemain yang dianggap mencuri tumpuan bakal ditandatangani Kelantan terarah kepada bekas tonggak kebangsaan Zambia iaitu Bubacarr Trawally.

Bubacarr yang beraksi di posisi sayap kiri serta penyerang itu dilaporkan menjadi antara rekrut baharu Kelantan untuk memperkukuhkan jentera hadapan mereka musim ini.

Ianya diperkenalkan sendiri melalui segmen Keluar Masuk daripada Astro Arena dengan nama Bubacarr antara rekrut terbaharu buat Kelantan dalam kalangan pemain import.

Untuk rekod, sebelum ini Bubacarr beraksi di saingan utama di Iran bersama Sanat Naft Abadan FC dan dibawa turun sebanyak tiga perlawanan sahaja selaku pemain sayap kiri serta penyerang.

Pemain berusia 29 tahun itu juga berpengalaman luas sebelum ini di China untuk mewakili beberapa kelab selain turut pernah beraksi di saingan divisyen teratas Denmark.

Untuk skuad kebangsaan, Bubacarr telah pun mencipta sebanyak 16 penampilan secara keseluruhan dan kali terakhir beliau beraksi pada tahun 2022 dalam saingan Kelayakan Africa Cup Of Nations (AFCON) bersama satu gol direkodkan.

Secara keseluruhan, pemain berketinggian 1.82 meter ini mampu menjadi aset terbaik buat Kelantan menerusi kelincahan serta kepantasan beliau untuk menggerakan serangan.

Malah, kemampuan beliau untuk beraksi di dua posisi turut menjadikan beliau istimewa untuk disesuaikan mengikut rencan taktikal diterapkan oleh jurulatih.

Selain Bubacarr, Kelantan juga dikatakan hampir pasti untuk menandatangani tiga lagi pemain iaitu Chadrack Muzungu di posisi penyerang, Michal Jerabek selaku pertahanan serta seorang pemain muda dari Korea Selatan.

Menerusi laporan, pasukan tersebut juga kini hampir melengkapkan keseluruhan pemain mereka selain beberapa tonggak tempatan berkualiti turut ditandatangani untuk saingan hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN