Penyerang Berbisa Vietnam Gerun Untuk Berdepan Indonesia

Penyerang berbisa Vietnam iaitu Nguyen Cong Phuong akui gerun untuk berdepan Indonesia bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan F yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Vietnam kini yang berada di tangga kedua Kumpulan F hasil satu kemenangan serta sekali kekalahan berjaya mengumpul tiga mata keseluruhan untuk mendahului Filipina serta Indonesia.

Walaupun lima perlawanan terakhir kedua negara itu jelas memihak kepada Vietnam menerusi dua kemenangan dua seri serta satu kekalahan 0-1 sewaktu saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Peningkatan yang dipamerkan Indonesia kini jelas bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, apatah lagi Sang Garuda juga giat mendaftarkan lebih ramai pemain warisan mereka dari luar negara bersama rekod menyakinkan.

Malah, Sang Garuda juga seolah memberi isyarat mereka bukan lagi sebuah pasukan belasahan bawah kendalian Shin Tae-yong selepas kemenangan 1-0 dilakar mereka ketika saingan Piala Asia lalu mengatasi Vietnam.

Untuk aksi seterusnya ini, Vietnam terlebih dahulu akan menghadapi Indonesia di gelanggang keramat lawan iaitu Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 21 Mac sebelum sekali lagi menghadapi mereka di laman sendiri.

Jelas Cong Phuong, rekod lalu sudah tidak boleh digambarkan kepada situasi terkini kerana beberapa negara di Asia Tenggara sudah mula mempamerkan perkembangan pesat dalam corak permainan mereka di pentas antarabangsa.

“Pada pandangan saya, setiap negara kini dilihat semakin berkembang daripada segi corak permainan mereka dalam dunia bola sepak di pentas antarabangsa dan ia bukan tertakluk kepada Vietnam sahaja.

“Menghadapi skuad kebangsaan Indonesia, kami perlu memikirkan strategi ampuh untuk mengatasi mereka selain mengenali corak permainan dipraktikkan pasukan itu nanti.

“Bagaimana dengan rekod pertemuan lalu membabitkan kedua negara ini? Pada saya ia hanya sejarah untuk dikenang sahaja,” ulas Cong Phuong menerusi laman Bola.com.

Cong Phuong boleh dianggap sebagai antara pemain berbahaya buat Vietnam selaku peledak utama dan namanya kembali dipanggil Philippe Troussier untuk menghadapi Indonesia.

Malah, beliau juga menjadi antara pemain paling berpengalaman yang pernah menghadapi Sang Garuda suatu ketika dalam pelbagai perlawanan di pentas antarabangsa.

Daripada 11 gol direkodkan Cong Phuong buat skuad kebangsaan Vietnam, dua daripada diledak ketika mereka menghadapi cabaran Indonesia, dan pastinya pemain itu mahu menambah rekod gol tersebut.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN