Penyanyi Madonna Sanggup Pindah Ke Portugal, Bantu Anak Kejar Impian Bermain Bola

Penyanyi Madonna (gambar bawah) dilaporkan merancang untuk berhijrah ke Portugal untuk memenuhi cita-cita anaknya, mengejar impian sebagai pemain bola sepak profesional.

Media di Eropah turut melaporkan bahawa Madonna telah membeli sebuah kediaman mewah bernilai  £5 juta untuk tujuan itu.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Selain daripada itu, Madonna juga dikatakan telah mendaftarkan anak lelakinya itu ke sebuah sekolah elit, French Lychee di bandar Lisbon.

Pada tahun 2006, Madonna telah mengambil seorang anak angkat daripada Malawi yang diberikan nama David Banda. David kini berusia 11 tahun.

Baru-baru ini David Banda diberikan peluang oleh Benfica untuk berlatih bersama pemain akademi kelab berkenaan selama seminggu.

(Photo by Neil P. Mockford/GC Images)

David jelas tidak mengecewakan. Kehadiran remaja berusia 11 tahun itu membuatkan barisan kejurulatihan di Benfica kagum akan kebolehannya.

Malah David Banda telah dipilih sebagai pemain terbaik Bawah-12 tahun sepanjang program latihan berkenaan dijalankan oleh Benfica.

Dalam satu muat naik di laman Instagram, Madonna turut berkongsi kisah gembira dan pencapaian David ketika bersama Benfica.

My Champion! ⚽️⚽️⚽️ ?

A post shared by Madonna (@madonna) on May 14, 2017 at 3:01am PDT

Impian David yang sangat meminati sukan bola sepak membuatkan Madonna nekad untuk memberikan anaknya segala peluang untuk mengejar impiannya itu.

Madonna dilaporkan akan berpindah pada September akan datang sejurus sebelum sesi persekolahan baru bermula di Portugal.

Madonna kini berusia 58 tahun, pernah terkenal dengan lagu seperti ‘Like a prayer’, ‘Vogue’ dan ‘Like a Virgin’.

(Photo by James Devaney/GC Images)

Selain daripada bidang nyanyian, Madonna turut membintangi beberapa buah filem Hollywood seperti ‘A League of Their Own’ dan juga ‘Evita’.

Madonna mempunyai 6 orang anak. 4 daripadanya adalah anak angkat. Selain daripada David Banda, Madonna juga adalah ibu kepada Mercy James dan pasangan kembar Esther dan Stella Mwale, juga dari Malawi.

Dua perkahwinan terdahulu Madonna turut dikaruniakan dua anak kandung, Lourdes Maria Ciccone Leon (20 tahun) dan Rocco Ritchie (16 tahun).

Adakah nama David Banda akan muncul sebagai bintang bola sepak seterusnya?

Sumber:

1. Caroline Graham, Daily Mail (2017): Madonna the soccer mom: In her oddest reinvention yet, pop Queen moves to Portugal to help her son become a football star (and show the world she is a good mother);
http://www.dailymail.co.uk/femail/article-4614486/Madonna-moves-Portugal-help-son-football-star.html

2. TEAMtalk (2017): Madonna’s adopted son training with Portuguese giants;
http://www.teamtalk.com/news/madonnas-adopted-son-training-with-portuguese-giants

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN