Penulis Sukan Kini Dilindungi PERKESO

KUALA LUMPUR, 6 JANUARI – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersetuju untuk menerima caruman daripada ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – yang akan melindungi mereka dan ahli keluarga sekiranya ditimpa musibah.

Persefahaman ini dimeterai ketika kunjungan Presiden SAM, Jasni Shafie bertemu Ketua Eksekutif Perkeso, Dato’ Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed di Menara Perkeso, Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini.

Melalui caruman ini, ahli SAM, sebahagiannya `freelancer’ dengan pelbagai agensi media sukan, akan dilindungi daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan tugas.

“Caruman ini juga menawarkan kepada ahli SAM faedah tunai dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional,’’ kata Dato’ Sri Dr Mohammed Azman.

Beliau menyambut baik langkah SAM yang pantas merebut peluang pengenalan skim baharu untuk pekerjaan sendiri yang baru dilancarkan oleh Perkeso pada 1 Januari 2020.

Menurutnya, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ini telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri, termasuklah mereka yang terlibat dalam media sukan seperti penulis sukan, wartawan, editor, jurukamera, jurugambar, juru edit visual, artis grafik, juruteknik, produser dan mereka yang terlibat di balik tabir dalam industri media sukan.

SAM berharap kerjasama dengan Perkeso ini telah membuka peluang kepada ahli-ahlinya membuat persiapan menghadapi sesuatu yang tidak diduga, apatah lagi dengan suasana ekonomi tidak menentu yang menyaksikan sebahagian industri media tempatan terpaksa ditutup atau saiznya dikecilkan.

“SAM melihat kerjasama dengan Perkeso ini sedikit sebanyak akan dapat membantu ahli-ahli terutamanya ahli yang bekerja sambilan dalam industri media untuk mendapat perlindungan insurans.”

“Kami mahu kebajikan dan masa depan mereka serta ahli keluarga akan terbela sekiranya sesuatu yang buruk menimpa,’’ kata Jasni selepas pertemuan hampir sejam dengan Ketua Eksekutif Perkeso dan pegawai-pegawai tertinggi jabatan itu.

Melalui skim baru ini, Perkeso menawarkan caruman serendah RM157.20 setahun (RM13.10 sebulan) yang memberikan faedah perubatan, hilang upaya kekal atau sementara, bayaran elaun dan faedah orang tanggungan serta kemudahan pemulihan jasmani serta pendidikan.

“Antara faedah kepada ahli SAM nanti ialah mereka yang ditimpa bencana pekerjaan boleh mendapat rawatan percuma di klinik panel Perkeso serta bayaran ganti belanja rawatan.”

“Ia juga menawarkan pencen bulanan bermula RM945.00 sebulan kepada isteri atau tanggungan atau ibu bapa yang akan dibayar sepanjang hayat. Ini sesuatu yang perlu dilakukan segera oleh SAM bagi melindungi ahli-ahli kami,’’ kata Jasni.

Beliau memberi bayangan bahawa dengan keadaan kewangan sekarang, SAM mungkin akan memberikan sedikit insentif dan sebahagian lagi jumlah caruman dibayar oleh ahli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN