Misi Getir Bernhardt Bimbing Pasukan Universiti Pertama Beraksi Di Liga Super

Pendatang baharu Liga Super, UiTM FC sudah tentu menyedari mereka mungkin akan dianggap sebagai ‘pasukan kerdil’ dalam saingan Liga Super pada musim ini apatah lagi mereka berstatus ‘pasukan universiti’.

Namun demikian, ianya bukanlah penghalang untuk The Lion Troops bercita-cita tinggi untuk meletakkan sasaran sekurang-kurangnya kekal dalam saingan liga elit itu pada musim depan.

Bagi memastikan misi berkenaan bukan hanya angan-angan kosong, pasukan itu  baru sahaja sah mengikat individu berprofil tinggi, Frank Bernhardt sebagai ketua jurulatih.

Bernhardt dalam tembualnya bersama Sinar Harian memaklumkan, dalam bola sepak tiada apa yang mustahil sekalipun sebahagian besar pasukan itu bakal dibarisi pemain universiti dan beliau optimis UiTM FC mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga Super.

“Saya tahu Liga Super ini cukup sukar buat kami tetapi saya mempunyai banyak masa untuk membentuk pasukan yang baik. Walaupun pasukan ini pertama kali akan beraksi dalam kancah Liga Super, saya yakin kami mampu memberikan saingan.

“Saya sedar Liga Super adalah sebuah liga yang mencabar tetapi saya positif kami mampu bersaing berbekalkan semangat dan keinginan bagi mencapai misi yang telah ditetapkan pihak pengurusan iaitu kekal dalam Liga Super pada 2021,” katanya.

Jurulatih kelahiran Jerman itu memulakan karier dalam bidang kejurulatihan bersama pasukan remaja FC Ft. Pauli sebelum dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Teknikal merangkap ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) dan B-21 Estonia.

Pada 2015, Persatuan Bola Sepak (FAM) pernah mendapatkan khidmat Bernhardt untuk membimbing skuad B-23 Malaysia menggantikan Datuk Ong Kim Swee sebelum digantikan semula dengan Kim Swee pada tahun 2017.

Ketika disoal mengenai persiapan UiTM FC untuk pra-musim ini, Bernhardt menjelaskan beliau sudah membuat penilaian terhadap sekitar 50 orang pemain yang datang mencuba nasib di sesi percubaan dalam tempoh tiga minggu sejak beliau bersama pasukan berkenaan.

“Masih ada muka lama tetapi ada yang telah meninggalkan pasukan ini. Saya masih dalam proses mengenal pasti pemain sebelum memuktamadkan senarai akhir pemain bulan ini.

“Berdasarkan pemerhatian saya, mereka semua amat berbakat dan berkualiti tetapi sudah tentu banyak perkara yang perlu diperbaiki termasuk menerapkan corak permainan yang dimahukan kepada pemain.”

UiTM layak ke Liga Super sekalipun mereka hanya menamatkan saingan Liga Premier musim lepas di kedudukan kelima kerana dua pasukan simpanan, Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Terenggganu FC (TFC) II tidak boleh dinaikkan ke Liga Super.

Maka tiga pasukan terbaik dari Liga Premier termasuk UiTM telah dipromosi ke Liga Super selepas PKNS FC yang telah dijenamakan semula sebagai Selangor II dan menjadi pasukan simpanan diturunkan ke Liga Premier pada musim ini.

Kredit Foto: UiTM FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN