Keraian pingat emas di Sukan SEA 2023 oleh pemain-pemain Indonesia tempohari menerima pandangan kritis daripada seorang penulis Indonesia yang mengingatkan tentang ‘ejekan’ kepada keraian Yotsakorn Burapha.
Penyerang berusia 17 tahun itu dikenali dengan tarian ularnya jika berhasil mencetak gol ke gawang lawan. Itu adalah ‘trademark’ keraian golnya.
Pemain-pemain Indonesia dilihat seperti mengejeknya ketika meraikan kejayaan di bilik persalinan. Walaupun tidak dilakukan di depan pemain tersebut, tetapi aksi tersebut dirakam dan disebarkan kepada umum.
Impaknya tetap sama. Ia tetap akan sampai kepada Yotsakorn nanti.
Sebagai penyokong kita tentu akan seronok melihat suasana sebegini. Sudah menjadi kebiasaan usik-mengusik sebegini di mana sekalipun.
Marselino Ferdinan ini tipe pemain bola yg selalu riset terhadap calon lawannya, baik permainan maupun cara selebrasi lawannya.. pic.twitter.com/xRjib4Ue0q
— Komisi Wasit (@MafiaWasit) May 17, 2023
Malah, ada penyokong Indonesia yang mengatakan – ini untuk Malaysia, selepas Yotsakorn pernah dilihat meraikan jaringannya dengan gaya tersebut ketika berjaya membenam Malaysia 2-0 dalam aksi Kumpulan B.
Tetapi, bagi seorang penulis dari Indonesia, Ardy Nurhadi Shufi, beliau mengharapkan yang ejekan atau usikan pemain Indonesia itu tidak akan menjadi bumerang dan kembali menghantui mereka di masa depan.
“Diraih [pingat emas] dengan cara dramatik dan meyakinkan, kemenangan ini patut disambut dengan sukacita. Wajar dibanggakan. Akan tetapi ada amaran [buat pasukan] disebalik kejayaan ini,” ciapnya di Twitter, pagi tadi.
Baginya, skuad ini memang wajar untuk meraih emas disebabkan senarai pemain yang dibawa oleh Indra Sjafri ke Kemboja untuk edisi kali ini.
Indra membawa 11 pemain yang merupakan pemain skuad kebangsaan.
Lima daripadanya merupakan pemain utama Shin Tae-yong iaitu Ramadhan Sananta, Marselino Ferdinan, Witan Sulaeman, Pratama Arhan dan kapten, Rizky Ridho. Thailand pula membawa tiga pemain skuad kebangsaan dan Vietnam membawa empat pemain daripada skuad kebangsaan mereka.
Marselino, Sananta, Witan, Arhan, dan Rizky Ridho merupakan pemain utama di timnas senior. Secara level permainan, mereka memang sudah ada di atas para pemain Sea Games. Thailand cuma pake 3 pemain timnas senior, itu pun bukan pemain utama. Vietnam 4 pemain, hanya 1 pemain utama.
— Ardy Nurhadi Shufi (@ardynshufi) May 18, 2023
Beliau sedikit pesimistik dengan kaedah memanggil pemain yang sudah bermain bersama skuad kebangsaan, “..masalah yang cukup penting – kurangnya pilihan pemain di usia sama yang setara kemampuannya.”
Cara Shin mengendalikan skuad kebangsaan Indonesia menurutnya mirip kepada bagaimana ketika Belgium memiliki generasi emas mereka pada usia yang muda. Namun, Belgium ‘mengharamkan’ pemain di skuad utama turun ke skuad muda, tidak seperti yang dilakukan Sang Garuda saat ini.
Ardy turut mengambil contoh bagaimana Kylian Mbappe dan Erling Haaland yang meletup di usia remaja, tidak lagi ‘turun pangkat’ ke skuad muda.
Kembali kepada keraian yang dilakukan oleh Marselino yang menurutnya, beliau sedikit kurang selesa. Beliau pantas terkenang bagaimana bintang-bintang PSG yang pernah mengejek keraian Haaland satu ketika dahulu.
Karena itu juga saya kurang sreg dengan aksi Marselino cs. yg meledek selebrasi penyerang Thailand, Yotsakorn Burapha. Ini mengingatkan saya pada insiden para pemain PSG yg meledek selebrasi Erling Haaland. PSG, kumpulan superstar, ledekin pemain muda dari tim yg gak lebih kuat. pic.twitter.com/SZzadmVm0O
— Ardy Nurhadi Shufi (@ardynshufi) May 18, 2023
Tambahnya lagi, Yotsakorn baru berusia 17 tahun, tetapi potensi yang dipamerkan ketika Sukan SEA dan saat meledak gol ke atas Indonesia membuktikan beliau adalah pemain yang sangat pintar beraksi di padang.
“Dengan usia yang masih 17 tahun, Yotsakorn Burapha [akan] bisa membalas dendam dengan lebih kejam di masa depan,” ciapnya berserta amaran keras.
Semuanya BOLA pernah mengulas mengenai pemain ini. Beliau meraih 69 peratus minit permainan dan 59 peratus adalah dalam skuad utama kelab yang bersaing di Thai League 2, Samut Prakan City. Beliau sudah melakar tujuh jaringan gol dalam 31 penampilan di usia 17 tahun di Thai League 2.
Beliau turut meletakkan harapan tinggi agar bola sepak Indonesia akan semakin bagus dan ejekan Marselino tidak akan kembali menghantui mereka ketika pertembungan semula di pentas yang lebih berprestij.
Pandangan penulis dari Indonesia tersebut terhadap keraian ‘mengejek’ Yotsakorn ini wajar diambil perhatian oleh para pemain muda Indonesia.
Ini adalah hasil olahan bebenang di Twitter oleh Ardy Nurhadi Shufi.