Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
Itulah peribahasa Melayu yang paling sesuai untuk dititipkan kepada pihak pengurusan Astro Malaysia yang bersungguh mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak tetapi syarikat penstrimannya, sooka gagal untuk menyediakan servis yang baik.
Pengguna sooka nampaknya tidak boleh lagi bersabar apabila sekali lagi berdepan dengan masalah untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak menerusi peranti masing-masing.
Buto la sooka anak babi. Tengah layan bola tiba tiba server down lancau la. Bukan sekali dua jadi. Sape sape nak tengok EPL ke bola ke better jangan la bayar sooka bodo ni. Harap melingkup🖕 https://t.co/ULiYd8pcIx
— dehey (@_dehammm) October 17, 2023
Apatah lagi ia melibatkan perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan menentang Tajikistan dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka.
Masalah yang sama juga terjadi ketika aksi separuh akhir tempoh hari dan banyak kali berlaku melibatkan perlawanan siaran langsung perlawanan-perlawanan tumpuan tidak kira aksi domestik atau liga luar negara.
Besar kemungkinan masalah yang timbul adalah disebabkan server tidak mampu untuk menampung jumlah trafik yang tinggi dalam satu masa. Jadi adakah syarikat yang mengaut keuntungan berjuta ringgit setiap tahun ini menggunakan server ‘cap ayam’?
Oleh yang demikian, pihak pengurusan Astro wajar untuk menilai semula kemampuan sooka untuk terus menjadi penstriman rasmi untuk perlawanan-perlawanan siaran langsung tidak kira aksi dalam dan luar negara.
“Servis Macam Ta*k” – Adakah sooka Wajar Didenda KKD, Beri Rebat Kepada Pelanggan?
Ini bukan zaman 90-an. Zaman telah berubah dan kecenderungan peminat bola sepak untuk menonton siaran langsung bola sepak bukan lagi di televisyen.
Semua pelanggan telah pun membuat bayaran dan mengeluarkan belanja untuk mendapatkan servis yang sewajarnya. Jika pihak Astro tidak mampu, usah hairan jika peminat bola sepak di negara ini beralih kepada penstriman haram.
Semuanya kerana servis penstriman oleh Astro yang amat menjijikkan.