Penolong Pengurus Pasukan Kedah Sahkan Liridon Akan Tiba Di Surabaya

Penolong Pengurus Kedah, Haris Che Mat mengesahkan pemain import pasukan itu, Liridon Krasniqi dijangka tiba di Surabaya, Indonesia hari ini bagi menyertai pasukannya menghadapi  Kejohanan Piala Super Suramadu.

Beliau bercakap kepada Sinar Harian, Liridon diberikan pelepasan kerana mengikuti ujian pemilihan bersama kelab Angers yang beraksi di Divisyen Satu Perancis.

“Beliau dijadualkan akan tiba di Surabaya pada 10 Januari dan dijangka dapat diturunkan pada perlawanan ketiga Kejohanan Piala Super Suramadu bertemu Madura United pada 12 Januari ini.

Kami berharap beliau akan tiba di sini seperti yang dijangkakan. Bagaimanapun tanpa kelibat Liridon pemain-pemain muda masih mampu mengisi tempatnya dengan baik terutamanya mengikat Persela 2-2 pada perlawanan pertama,” katanya.

Menurut Haris, Liridon masih mempunyai kontrak bersama Hijau Kuning dan pemain tersebut perlu segera bersama pasukan selepas diberikan pelepasan untuk terbang ke Perancis.

“Apapun Kedah masih menagih khidmat pemain import terbaik Malaysia ini kerana beliau masih dalam perancangan Ketua Jurulatih Ramon Marcote untuk menghadapi Liga Malaysia 2018,” katanya.

Liridon dijangka dapat diturunkan pada perlawanan ketiga bertemu Madura United selepas terlepas dua aksi berdepan Persela dan Persija Jakarta semalan.

Kesebelasan utama skuad Kedah ketika berdepan Persija Jakarta semalam. FOTO: KFA

Minggu lepas, Kelab Divisyen 1 Perancis, Angers SCO dilaporkan semakin hampir mendapatkan pemain import terbaik Liga Malaysia, Liridon Krasniqi. Sumber Telegraph melaporkan Angers bersedia untuk menebus kontrak pemain Kedah itu yang tamat pada Jun tahun 2019.

Angers dijangka akan membayar pampasan kontrak kira-kira € 500,000 (RM2.4 Juta) untuk pemindahan Liridon ke liga tersebut.

Laporan itu turut melaporkan Liridon bersama ejennya akan ke Perancis untuk memuktamadkan rundingan akhir bersama kelab itu.

Jika rundingan itu berjaya, pemain Kosovo tersebut berpeluang berhadapan dengan pemain bertaraf dunia dalam saingan Divisyen 1 Perancis seperti Neymar yang kini bersama kelab PSG.

Liridon pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Kosovo dan pernah bersama kelab Mlada Boleslav di Republik Czech serta kelab Osmalispor dan Fethiyesppor di Turki.

Beliau mula menyertai Kedah pada 2015 dan kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

Dia cemerlang membantu Kedah menjuarai Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016, Piala Sumbangsih dan Piala FA musim lalu.

Selain menjaringkan banyak gol untuk Kedah, dia juga pernah memenangi anugerah Pemain Import Terbaik dan Pemain Import Paling Popular 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN