Penjaga Gol TFC, Suffian Abdul Rahman Terlantar Di Hospital

Peminat bola sepak tempatan telah dikejutkan dengan berita duka mengenai keadaan kesihatan penjaga gol utama pasukan Terengganu FC (TFC) – Mohd Suffian Abdul Rahman.

Beliau dikhabarkan terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Khamis lepas akibat masalah jantung.

Dalam aksi Liga Super semalam, para pemain Terengganu memberikan sokongan kepada rakan mereka itu sebelum sepak mula.

Menurut Pengurus TFC, Ahmad Shahrizal Yahya yang ditemuramah oleh wartawan Berita Harian, pada Rabu lepas Suffian atau lebih dikenali dengan gelaran Tiger telah memohon pelepasan dari menghadiri latihan.

Hal ini kerana beliau mengalami masalah kesihatan dan terus mendapatkan rawatan di HSNZ. Kemudian pihak pengurusan pasukan dimaklumkan beliau telah dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut.

“Setakat ini, kita belum mendapat pengesahan dan laporan lengkap daripada pihak hospital berhubung penyakit itu cuma ketika melawatnya, kita dimaklumkan dia mengalami serangan jantung tetapi pihak doktor pasukan TFC sedang berurusan dengan pihak hospital.”

“Dalam masa sama, kita sudah menghantar wakil PBSNT, namun pihak hospital dan keluarga beliau memohon Suffian tidak diganggu bagi proses rawatan” ujar beliau lagi.

Keadaan ini mengingatkan kita kepada bekas penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli yang pernah diserang penyakit kanser darah pada tahun 2017. Selepas direhatkan oleh pasukan, tempat beliau digantikan oleh Suffian Rahman pada pertengahan musim tersebut.

Nama Suffian Rahman menjadi bualan hangat apabila beraksi cemerlang dan berjaya membawa pasukannya ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim lepas namun tewas kepada pasukan Perak melalui penentuan sepakan penalti.

Sekalipun usianya sudah mencecah 41 tahun, beliau masih menjadi sandaran utama jurulatih untuk menjaga gawang pasukan dari dibolosi dan dilantik menjadi kapten untuk beberapa perlawanan pada musim ini.

Kelibat penjaga gol yang lebih muda seperti Wan Azraie Wan Teh serta ehadiran bekas penjaga gol utama Negeri Sembilan, Muhamad Ilham Amirullah Ghazali yang menyertai TFC pada musim ini masih tidak mampu untuk menggugat kedudukan beliau.

Digelar ‘Buffon Ganu’ oleh penyokong Terengganu, Suffian merupakan pemain paling tua dalam saingan Liga Super dan pernah bersama pasukan Negeri Sembilan, Telekom Melaka, Kuala Muda NAZA, Sarawak, Pahang, Selangor, Sime Darby FC dan Felda United.

Semuanya BOLA mendoakan kepada penjaga gol Terengganu FC, Suffian Rahman yang sedang menghadapi serangan jantung agar memperoleh kesembuhan secepatnya dan kembali semula ke atas padang’.

Kuatkan Semangat Tiger!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN