Penjaga Gol Myanmar Tak Mahu Balik, Pohon Suaka Di Jepun

Pyae Lyan Aung Myanmar Jepun simbol tiga jari kelayakan Piala Dunia

Myanmar sudah menamatkan saingan Kumpulan F, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang mana baki perlawanan telah dilangsungkan di Jepun tempohari.

Mereka tewas ketiga-tiga aksi, tewas 0-10 kepada Jepun, 1-8 kepada Kyrgyzstan dan 0-4 kepada Tajikistan. Mereka menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan dengan hanya mengumpul enam mata yang diraih menerusi dua kemenangan.

Wakil peguam, Shogo Watanabe berkata, Pyae Lyan Aung iaitu penjaga gol Myanmar memberitahu pegawai imigresen Jepun di sebuah lapangan terbang di Osaka bahawa beliau tidak mahu pulang ke Myanmar dan ingin memohon suaka di Jepun.

Beliau dilaporkan telah mempamerkan simbol tiga jari dalam perlawanan melibatkan Myanmar bertemu Jepun dalam pusingan kelayakan tempohari. Simbol tiga jari telah digunakan oleh penunjuk perasaan di Myanmar atas kekejaman junta tentera.

https://twitter.com/ZeroHeroMST123/status/1405865900738240512

Konflik di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu yang memegang tampuk pemerintahan selama lima tahun. Hampir setiap hari penduduk Myanmar mengadakan tunjuk perasaan.

Risaukan nasibnya jika pulang ke tanah airnya, Lyan Aung mengambil keputusan untuk menjadi pelarian di Jepun dengan memohon suaka daripada kerajaan Jepun. Jepun sememangnya telah menerima pelarian daripada Myanmar sejak Mei lalu.

Mereka telah membenarkan warga Myanmar yang berada di sana untuk melanjutkan tempoh untuk tinggal di sana selepas berlaku kekejaman junta tentera di negara mereka. Kerajaan Jepun juga telah menyekat sebarang bantuan kepada Myanmar.

Watanabe ketika bercakap kepada pihak media berkata, “Selepas mengesahkan perkara itu [keinginan untuk pohon suaka], kami akan meneruskan prosedur untuk mendapatkan status pelarian untuk Lyan Aung sama ada di Osaka atau Tokyo.”

“Amat jelas [bahawa dia merupakan pelarian politik] selepas melakukan simbol tiga jari. Saya harap status pelariannya dapat diluluskan secepat mungkin,” jelasnya.

Lyan Aung pula dalam kenyataannya berkata, “Jika pulang ke Myanmar, saya pasti berada dalam bahaya. Saya ambil keputusan untuk kekal di sini. Kerajaan dan masyarakat Jepun harus tahu apa yang sedang berlaku di Myanmar.”

Sebelum ini dalam saingan Liga Malaysia juga terdapat pemain yang menggunakan simbol tiga jari iaitu penyerang muda Myanmar yang bermain bersama Selangor FC,  Hein Htet Aung. Namun, atas itu beliau telah dihukum atas tindakannya itu.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat pada 24 Mac telah menjatuhi hukuman penggantungan satu perlawanan dan diberi amaran keras serta boleh dikenakan hukuman yang lebih berat.

Baca lagi artikel lain mengenai bola sepak Myanmar:

Hukum Pemain Selangor 2, Adakah FAM Tiada Nilai Kemanusiaan?

Protes Dalam Bola Sepak: Pendirian FIFA Sudah Berubah, Kenapa Kita Tidak?

Sukan SEA 2019: Terima Kasih Aung Kaung Mann, Velizar Popov, Myanmar!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN