Penjaga Gol Ke-4 Terbaik Liga Super, Bryan See Tekad Cabar Slot Utama Penang FC

Bryan See Penang FC 2021

Bekas penjaga gol utama PDRM FA, Bryan See Tian Keat kini bakal menjadi pencabar kepada penjaga gol utama Penang FC, Sam Somerville, musim depan.

Bagi pemain yang sebelum ini merupakan penjaga gol utama pasukan, penyertaan ke pasukan baharu bakal menyaksikan dirinya kembali bersaing untuk mendapatkan jersi nombor 1. Bagi Bryan See, beliau kini akan bermula semula daripada bawah.

Bercakap kepada The Star, Bryan See yang membuat enam penampilan bersama PDRM musim lalu berkata, “Secara jujurnya, ia akan menjadi musim yang sukar kerana saya tidak dijamin mendapat minit permainan, saya perlu bekerja keras untuknya.”

“Saya perlu ambil setiap peluang yang diberikan nanti. Saya perlu realistik dan ambil selangkah demi selangkah,” ujarnya yang beraksi baik sepanjang musim ini.

Dalam 10 penjaga gol yang meraih lebih 500 minit permainan, Bryan See di kedudukan ke-4 di belakang Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC), Khairul Fahmi (Melaka United) dan Khairulazhan Khalid (Selangor). Ia adalah berdasarkan peratus menyelamat terbaik.

Lebih mengejutkan, pemenang Anugerah Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual, Farizal Marlias berada di belakangnya dengan hanya 65.22 peratus, sementara Bryan See merekodkan 67.27 peratus menyelamat.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Opta J itu, beliau juga di depan dalam tiga aspek lain yang turut diambil kira dalam setiap perlawaan iaitu menghadapi percubaan tepat terbanyak, gol dilepaskan terbanyak dan percubaan diselamatkan terbanyak.

Katanya lagi yang bakal menginjak ke usia 28 tahun, “Tiada banyak perbezaan antara kami bertiga. Ia bergantung kepada, siapa yang paling konsisten. Saya pernah bersaing dengan Shafiq [Afifi] ketika di PKNP FC dan sudah mula mengenali Sam juga.”

“Saya perlu mempamerkan aksi baik sepanjang latihan dan bekerja keras untuk memecah masuk ke kesebelasan utama. Kemudian barulah saya berpeluang untuk mempamerkan aksi terbaik serta menunjukkan konsistensi,” jelasnya lagi.

Sam Somerville sememangnya adalah penjaga gol terbaik di Penang FC yang telah berjaya membawa mereka kembali ke saingan Liga Super selepas menjuarai saingan Liga Premier 2020. Beliau hanya melepas lapan gol, paling kurang di saingan Liga Premier serta berjaya merekodkan empat cleensheets sepanjang musim ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC

Baca lagi artikel mengenaai Bryan See dan Penang FC:

Eksklusif: Permulaan Profesional Yang Berliku, Kini Semakin Membuahkan Hasil Buat Bryan See

Bryan See Masih Kecewa Walaupun Aksi Cemerlang Curi Perhatian Ramai

Penang FC ‘Borong Sakan’ Pemain Untuk Saingan Liga Super

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN