Penjaga Gol Chile Ini Tembak Messi Sebagai Memalukan Dan Hipokrit

Komen pedas Lionel Messi kepada penganjur dan pengadil ketika Copa America 2019 telah mengundang reaksi ramai pihak.

Sejak daripada itu Lionel Messi telah mengundang kritikan kembali kepadanya. Messi menuduh penganjur Copa America 2019 – memberikan kelebihan kepada tuan rumah Brazil.

Seterusnya, Lionel Messi menganggap pengadil pilih kasih kepada pasukan Brazil. Messi berpendapat, kad merah beliau ketika menentang Chile adalah kerana kritikan terbuka beliau kepada pengadil selepas aksi menentang Brazil.

Messi berkata: “Korupsi dan sikap pengadil membuatkan kami gagal ke final. Kamu harus bercakap benar.”

Messi juga enggan mengambil pingat tempat ke-3 kerana menyatakan beliau enggap bersubahat dengan organisasi yang korupsi.

Terbaru, penjaga gol Chile, Johnny Herrera memberikan komen ke atas sikap Messi yang disifatkan beliau sebagai hipokrit dan memalukan.

Herrera mengungkit kembali; pada kelayakan Piala Dunia 2018, Messi telah dikenakan tindakan gantung 4 perlawanan. Namun selepas itu keputusan itu ditarik balik, Messi hanya digantung 1 perlawanan.

Herrera kecewa kerana Lionel Messi sepatutnya lebih menerima kekalahan dengan rasa hormat kepada lawan dan bukannya memperlekehkan kemenangan serta kejuaraan pemain lain.

Hal ini kerana, pasukan lain juga menerima dengan menghomarti Argentina apabila mereka menang walaupun dengan cara kontroversi.

“Kamu haruslah malu dengan diri sendiri, apabila sekarang kamu mahukan keadilan.”

“Argentina ketika itu seperti telur di hujung tanduk untuk mara ke Piala Dunia. Messi pula digantung 4 perlawanan kerana menghina pengadil. Kita semua saksi semua itu apabila beliau dikenakan tindakan.”

“Namun, beliau [Messi] selepas itu hanya digantung 1 perlawanan – dan kemudian bermain dengan sangat baik ketika menentang Ecuador. Sekarang ini, apa yang kamu [Messi] cuba sampaikan?”

Herrera kemudian mengingatkan Messi bahawa 2 Piala Dunia yang dimenangi Argentina juga dengan cara kontroversi.

“Mereka ada 2 Piala Dunia. 1 dimenangi dengan cara diktator dan 1 lagi dimenangi kerana gol menggunakan tangan [Maradona].”

“Jadi apabila kini giliran kamu pula kalah, kamu diam sahajalah.”

CONMEBOL sudah menyangkal dakwaan Messi bahawa mereka korup dan mereka kecewa dengan komen yang dilemparkan oleh Lionel Messi.

Messi kini berisiko dikenakan tindakan berat oleh CONMEBOL. Bintang tengah Brazil, Thiago Silva mencabar Messi untuk mengemukakan bukti – apabila mahu bercakap soal korupsi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN