Peningkatan Mendadak Kes Covid-19 Di Jepun, Bagaimana Aksi JDT Berdepan Urawa Reds?

Saitama Stadium Urawa Reds JDT Jepun ACL 2022

Jepun berdepan saat getir apabila berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 dan apa nasib aksi pusingan 16 terbaik AFC Champions (ACL) 2022 yang melibatkan aksi antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Urawa Reds?

Sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini, perlawanan antara JDT dan Urawa Reds akan dilangsungkan di Saitama Stadium pada 19 Ogos depan. Selain itu, Saitama Stadium juga menjadi lokasi pertembungan antara Daegu FC-Jeonbuk Hyundai Motors, BG Pathum United-Kitchee dan Vissel Kobe-Yokohama F. Marinos.

Saitama Stadium juga dijadualkan akan menjadi lokasi untuk aksi suku akhir dan separuh akhir selepas itu.

Situasi terkini kes jangkitan Covid-19 di Jepun memburuk?

Jepun kembali membuka pintu sempadan negaranya kepada para pelancong pada Jun lalu, namun dengan syarat-syarat yang ketat dan bergantung kepada negara asal pelancong yang datang. Namun, terdapat perancangan untuk mengurangkan syarat ketat tersebut bergantung kepada rekod jangkitan Covid-19.

Menurut New Straits Times, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan yang Jepun telah merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di dunia pada minggu ini dengan 969,000 kes telah dilaporkan baru-baru ini.

Kyodo News melaporkan, Tokyo merekodkan 40,406 kes jangkitan, melepasi angka 40,000 buat kali pertama.

Kerajaan Jepun juga berkata yang kadar penggunaan katil di hospital adalah lebih 50 peratus di 19 kawasan, peningkatan dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya. Seperti yang dilaporkan, Okinawa adalah yang tertinggi dari segi penggunaan katil dengan kadar 88 peratus diikuti Shizuoka dan Kanagawa (74 peratus),

Dan Saitama, Hokkaido serta Aichi juga merupakan antara 18 kawasan yang berlaku peningkatan yang sama.

Adakah kerajaan Jepun kembali menutup pintu sempadannya?

Dengan rekod kes jangkitan dan kadar penggunaan katil yang semakin meninggi, adakah kerajaan Jepun akan kembali menutup pintu sempadannya yang baru dibuka? Sebagaimana di Malaysia, pembukaan semula pintu sempadan adalah demi membantu sektor ekonomi dan juga atas faktor keperluan kehidupan sosial rakyatnya.

Namun, setakat sebulan pembukaannya, peningkatan mendadak berlaku dalam kes jangkitan di negara mereka.

Sebuah pasukan yang diketuai oleh seorang profesor dari Nagoya Institute of Technology. Akimasa Hirata menjangkakan gelombang terkini kes jangkitan Covid-19 di Jepun akan memuncak pada 6 Ogos depan.

Berdasarkan laporan terkini di Jepun, memetik daripada Kyodo News, kerajaan Jepun tiada perancangan untuk mengetatkan SOP terhadap rakyat kerana mereka sedang mengukuhkan kembali aktiviti sosial dan ekonomi.

Jadi bagaimana dengan pusingan kalah mati ACL di Saitama nanti?

Berdasarkan laporan terkini tersebut, besar kemungkinan aksi pusingan kalah mati ACL 2022 melibatkan zon timur di Saitama Stadium akan masih diteruskan. Namun, ia masih bergantung kepada laporan kes jangkitan Covid-19 di Jepun selepas ini kerana masih berbaki kurang lebih 19 hari sebelum Saitama menjadi tuan rumah.

Selain itu, juara Ligue 1, Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) turut dilihat mengadakan perlawanan pemanas badan berdepan Urawa Reds pada 23 Jun lalu di Saitama Stadium. Mereka turut dilihat berkunjung ke Tokyo berdepan Kawasaki Frontale dan ke Osaka bertemu Gamba Osaka dalam pra musim, PSG Japan Tour 2022.

Ini menunjukkan aktiviti sosial di Jepun masih berlangsung seperti biasa dengan stadium tetap dipenuhi para penyokong. Oleh itu, dijangkakan tiada perubahan seperti pemakluman kerajaan – SOP tidak diperketatkan.

Namun, jika berlaku perubahan di Jepun, adakah JDT akan melobi menjadi tuan rumah bagi saingan zon timur?

JDT akan bertemu Urawa Reds pada 19 Ogos depan dalam pusingan 16 terbaik dan mereka dijangkakan akan kekal di Saitama sehingga selesai kempen jika meraih keputusan positif – sehingga peringkat separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN