Yashir Pinto Terkejut Lihat Barisan Pemain Negeri Sembilan Yang Dianggap Hebat

Nama pemain import kelahiran Chile iaitu Yashir Pinto Islame ini bukan lagi asing dalam suasana bola sepak negara apabila beliau sebelum itu pernah mewakili beberapa kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Berbekalkan pengalaman beliau sebelum itu dalam bola sepak tempatan menyaksikan Yashir tidak menolak untuk beraksi lagi di sini ketika mendapat tawaran daripada Negeri Sembilan.

Biarpun berpeluang untuk meneruskan karier di Thailand bersama Khon Kaen United dalam saingan Thai League 1 yang dianggap lebih baik berbanding Malaysia, Yashir tetap dengan pendirian beliau untuk memilih di sini.

Selain faktor persekitaran yang membuatkan diri beliau dan keluarga selesa sertai menyukainya, Yashir juga menganggap saingan Liga-M kini dilihat lebih bersifat kompetitif dan menarik.

Pada masa sama, Yashir juga meluahkan rasa gembira apabila kini menjadi sebahagian daripada pemain yang membantu Negeri Sembilan untuk berada di kedudukan ketiga carta Liga Super.

“Selepas dengan PKNP FC, kelab terakhir yang saya wakili, saya teruja untuk hadir ke sini semula dan tidak berfikir panjang apabila mendapat tawaran dari Negeri Sembilan.

“Saya berpeluang untuk terus berada di Thailand tetapi Malaysia sentiasa menjadi pilihan pertama.

“Keluarga saya menganggap Malaysia ini seperti rumah kedua kerana segala-galanya terdapat di sini ialah saya sendiri amat suka dengan suasana di Liga Malaysia.

“Apa yang mengejutkan saya apabila sampai di Negeri Sembilan, kualiti pemain import sangat hebat seperti Herold Goulon yang menjadi tunjang kekuatan di bahagian pertahanan selain Matheus Alves, Omid Nazari dan Gustavo Almeida.

“Malah Syihan Hazmi dan Khuzaimi Piee telah pamerkan prestasi cemerlang untuk dipanggil dalam skuad kebangsaan, jadi semua faktor ini berkait rapat membantu prestasi hebat Negeri Sembilan,” katanya menerusi MFL.

Untuk rekod, Yashir memulakan karier beliau di Malaysia pada tahun 2016 bersama Melaka United sebelum berpindah ke Perak pada tahun berikutnya.

Kelab terakhir diwakili Yashir pada tahun 2019 ialah PKNP di Malaysia sebelum pemain ini menyambung kariernya di beberapa negara termasuk Thailand.

Setakat ini, berdasarkan lima penampilan beliau bersama Negeri Sembilan, Yashir telah pun meledak 2 gol iaitu ketika bertemu Sri Pahang dan Terengganu.

Pada aksi seterusnya dalam saingan Liga Super, pemain kebangsaan Palestin ini mengakui tugas getir menanti beliau bersama rakan sepasukan kerana mereka bakal berhadapan Selangor di gelanggang lawan.

“Selangor sememangnya sukar ditentang apabila beraksi tempat mereka dan saya akui perlawanan ini pasti sengit.

“Namun, Negeri Sembilan yang dikenali sebagai pasukan yang sentiasa bekerja keras di atas padang akan cuba berikan saingan kerana misi utama kami ialah untuk mengekalkan kedudukan tiga terbaik di liga,” katanya.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN