Pada 17 Disember yang lalu, wakil kami berkesempatan menyaksikan pelawanan di antara Malaysia Cougars vs. Sepahan dari Iran. Ada beberapa perkara menarik yang kami mahu kongsikan tentang pasukan ini.
Walaupun agak lambat, namun ada beberapa output berharga yang mahu kami kongsikan. Kami tidak ada visual untuk ditunjukkan kepada anda , tapi kami akan cuba menerangkannya.
1. Formasi
Secara umumnya pasukan ini bermain dengan sistem 4-4-2 dengan bentuk berlian di tengah. Ia sangat fluid dan banyak bergerak dan membentuk 4-3-3 dan 4-2-4 ketika menyerang.
Sesuatu yang menarik adalah, menurut salah seorang staf kejurulatihan meeka, secara keseluruhan NFDP bukan bekerja dengan formasi yang tetap /fixed.
Mereka lebih bekerja untuk bermain dalam sistem. Setiap jurulatih diberi kebebasan untuk memilih formasi yang mereka rasa sesuai.
Apa yang penting adalah, mereka haruslah bermain dalam sistem yang beteraskan bola hantaran pendek, cuba menguasai perlawanan dan setiap pemain harus selesa dengan bola di kaki.
2. Sistem Penjaga Gol
Dalam perlawanan ini, kami mendapati penjaga gol Hafizy Bin Hajazy beberapa kali melakukan tepisan dan tangkapan yang agak lemah. Kami mulai berpendapat penjaga gol ini memerlukan latihan lebih untuk handling.
Namun sepekara yang menarik adalah, skuad B-13 Cougars ini menerapkan sistem ball playing goalkeeper yang aktif. Antara aksi yang mungkin menarik perhatian anda adalah posisi penjaga gol ketika barisan pertahan memegang bola.
Penjaga gol jelas cuba untuk memberikan sokongan dan menawarkan opsyen kepada pertahanan, sebagai tanda beliau bersedia untuk menerima bola pada bila bila masa.
Ia antara sistem yang cuba diterapkan oleh NFDP. Mereka mahukan semua pemain selesa dengan bola. Anda harus ingat, bos mereka Lim Teong Kim adalah bekas jurulatih di Bayern Munich yang membangunkan sistem sebegini.
3. Sepahan Berfizikal Besar Namun Malaysia Mengawal Padang
Salah satu perkara yang ketara adalah perbezaan fizikal pemain B-13 kita dengan pemain-pemain Sepahan yang jauh lebih tinggi dan besar.
Namun ia bukan halangan untuk skuad Malaysia untuk menjadi lebih baik dalam aspek mengawal padang dengan team shape yang lebih stabil.
Skuad Sepahan banyak bergantung kepada sistem target man dengan menghantar bola silang. Dari segi teknikal, skuad Malaysia tampak kompeten.
Dari segi taktikal, kita lebih baik. Anda harus ingat satu nama iaitu Muhamad Ziad El Basheer yang sangat tenang (composed) mengawal tengah.
Dia meperdaya pemain-pemain Sepahan yang ramai di tengah dengan sentuhan pertama serta hantaran one touch. Meskipun Sepahan cuba agak sukar ditewaskan secara duel, namun Malaysia tetap memiliki kemampuan untuk mengalirkan bola ke hadapan dengans segera.
4. Sistem Pertahanan
Dalam perlawanan ini, pemain bek kiri Haikal Bin Rusli diberikan tanggungjawab sebagai kapten selepas aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Pemain ini memiliki kemampuan untuk mengawal tempo perlawanan walaupun dia harus bekerja keras dari segi commanding dan pengaruh di dalam padang.
Haikal Rusli memberikan masalah kepada semua operasi di sayap kanan Sepahan.
Dari segi pressing, kami difahamkan NFDP menekankan permainan high pressing ataupun tekanan intensif. Namun dalam perlawanan ini pemain gagal menekan lebih intensif kerana faktor agak keletihan dan beraksi pada pukul 1 tengah hari.
Penilaian
Ia adalah satu model bola sepak yang beteraskan pembangunan sistem permainan. Kami melihat potensi yang besar oleh program ini.
Namun kekangan utama adalah, kita masih lagi memiliki gedung bakat yang rendah. Antara isu yang masih menjadi halangan adalah komitmen ibu bapa.
Ramai ibu bapa masih kurang menyokong pertandingan-pertandingan untuk kategori awal belasan tahun seperti ini. Antara isu yang kerap dibangkitkan adalah isu medal dan hadiah wang kemenangan.
Kita harus mengubah persepsi seperti ini kerana, bola sepak adalah sukan yang boleh menjamin masa depan anak-anak yang berbakat.
Pada hari ini, rata-rata pemain bola sepak menerima gaji ribuan ringgit, ada yang mencecah sehingga lebih RM70 ribu sebulan.
NFDP adalah salah satu program di bawah Kementerian Belia Dan Sukan. Ia masih lagi program yang menempatkan bakat-bakat bola sepak dalam kuantiti yang sangat kecil.
Kami mengharapkan program ini akan dapat mencapai sasaran mereka untuk berada dalam kejohana Piala Dunia Remaja B-17 2019.
Tahniah juga untuk skuad Malaysia Cougars B-14 yang menjuarai peringkat B-14 yang menang 1-0 ke atas Sporting CP B-14.
Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!
[adrotate banner=”27″]
Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.
Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?
Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!
Baca juga : 7 Perbezaan Sistem Pembangunan Pemain Muda Eropah Dengan Malaysia Menurut Pegawai NFDP