3 Kisah Penyokong Menyelamatkan Kelab Mereka!

Sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBK) yang terdiri daripada bekas-bekas pemain Kelantan enggan berdiam diri dengan isu kemungkinan Kelantan akan menarik diri daripada Liga M musim hadapan.

Apa yang digariskan oleh BBBK adalah usaha untuk mengutip sebanyak mungkin dana tambahan dari kelompok yang masih sayangkan bola sepak Kelantan.

Kelantan yang dikenali dengan kelompok penyokong yang besar di negara kita. Jadi, BBBK memilih slogan ‘1 Rakyat Kelantan RM10.’ Ini kerana not RM10 adalah berwarna merah dan simbolik dengan warna pasukan The Red Warriors.

Ia tidak bermaksud hanya RM10 yang akan mereka terima. Sebaliknya, pada yang berhasrat menderma lebih, ia sangat dialu-alukan.

Berikut adalah kisah 3 kelab yang pernah diselamatkan oleh penyokong.

1. Wrexham (2011)

Kelab ini memerlukan dana sekitar £250,000 untuk dijadikan bon. Jika gagal mereka tidak dapat meneruskan aksi dalam liga Konferens Kebangsaan Wales.

Pengerusi Persatuan Penyokong Wrexham Carroll Clark terus melancarkan tabung untuk mengutip dana menyelamatkan kelab mereka daripada dibatalkan penyertaan.

Menariknya, hanya dalam masa sehari Wrexham berjaya mendapat £127,000.00. Ini bermakna mereka memerlukan sekitar £123,000 lagi.

Usaha mereka mendapat sokongan daripada penyokong dari Kanada yang menyumbang £10,000 secara peribadi. Carroll sendiri terkejut dengan hal itu kerana tidak menjangka ada orang di Kanada meminati kelab tersebut.

Carroll teruja dengan semangat penyokong Wrexham yang menyumbang dana untuk menampung baki yang ada. Sehinggakan ada budak sekolah menyumbang £35.00 kepada mereka.

Pada hari pendaftaran, mereka berjaya megutip dana yang diperlukan dan dibenarkan beraksi pada musim tersebut.

2. Real Oviedo (2012)

Kelab ini diambang muflis selepas hutang yang terlalu tinggi. Mereka berhutang €12 juta. Namun kerajaan Sepanyol membenarkan mereka untuk membayar €2 juta setahun secara ansuran.

Seorang penyokong mereka yang dikenali sebagai Jose Garcia Ordonez, berkata, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan pasukan yang sudah berusia 86 tahun.

Mereka melancarkan kempen SOS Oviedo tanda kelab dalam kecemasan.

Beliau berkata:

“Apalah sangat nilai €30-40 demi menyelamatkan kelab yang sudah berusia 86 tahun daripada lenyap. Suatu hari nanti kita akan beritahu kepada anak cucu kita tentang kuasa €30-40 untuk menyelamatkan kelab kita.”

Pengarah Sukan Oviedo turut menurunkan harga saham kepada €10.75 berbanding dengan €60 yang mereka laksanakan dalam 20 tahun yang lalu.

Selepas pengumuman itu, presiden Real Madrid, Florentino Perez membeli saham sekitar €100,000. Kurang dalam masa seminggu mereka sudah mengumpul €1 juta dan ia tidak termasuk saham Perez.

Seterusnya bekas-bekas pemain mereka seperti Juan Mata, Santi Cazorla dan Michu turut menyumbang kepada tabung mereka.

Oviedo memiliki kelompok penyokong yang agak kecil. Mereka cuma ada 11,000 ahli kelab daripada 200,000 penduduk yang menetap di bandar tersebut.

Mereka menaikkan rasa bangga peminat dengan tayangan video dan bingkisan sejarah kegemilangan Real Oviedo termasuk ketika mereka menewaskan Barcelona 1-0. Mereka memaparkan nama-nama bintang yang dilahirkan mereka termasuk Santi Cazorla dan Michu.

Mereka berjaya mengumpul €60,000 daripada orang dari luar termasuk yang dari luar Sepanyol. €750,000 pula dikumpul daripada penyokong mereka. Mereka berjaya menjual 14,000 pas bermusim dek kerana kempen SOS Oviedo ini.

Kutipan dari hasil penjualan barangan rasmi kelab seperti jersi, cendera mata dan pelbagai barangan lain meningkat mendadak. Kebanyakannya adalah dari jualan atas talian.

Mereka berjaya mengumpul duit lebih daripada €2 juta. Sebagai langkah pro-aktif, pengerusi kelab menlaburkan lebihan duit untuk menambah kapasiti tempat duduk di dalam stadium. Ia akan membantu menambah kutipan hari perlawanan.

3. Hearts Of Midlothian (2013)

Pada 2013, kelab Hearts telah terjerumus ke dalam beban hutang sebanyak £28 juta. Brian Cormack dan 3 lagi rakan beliau menubuhkan yayasan khas untuk membantu kelab ini.

Brian Cormack amat berbangga dan emosi ketika berkongsi kisah yang disifatkan beliau sebagai kejayaan semua pihak terutama para penyokong.

Salah satu cara yang digunakan penyokong mereka adalah menerusi sumbangan khas pada setiap bulan secara konsisten.

Lebih 8000 penyokong menyumbangkan duit kepada yayasan tersebut dan cuba memastikan yayasan tersebut mengambil alih pemilikan saham kelab yang diketuai oleh Anne Budge.

Penyokong berjaya memiliki kelab tersebut sepenuhnya dan Anne Budge dilantik menjadi Presiden baru kelab dalam masa 5 tahun daripada kempen tersebut dilancarkan.

Selepas berjaya keluar daripada krisis kewangan yang kritikal. Pengerusi kelab mereka menyifatkan ia kejayaan kerana ‘Hati’ (Hearts) yang besar ada pada penyokong.

Sebagai balasan kelab meminta PUMA mereka satu jersi dengan nama setiap penyokong yang menyumbang sekurang-kurangnya £120 kepada kelab bersamaan dengan pakej Maroon dalam skim kesetiaan ke atas kelab.

Inspirasi

Itu antara 3 kisah bagaimana penyokong mereka menyelamatka kelab mereka dalam keadaan yang boleh dikatakan kecemasan.

Apa yang kita pelajari adalah, komitmen yang bersungguh-sungguh dan diketuai oleh orang yang tahu hala tuju yang ingin mereka sasarkan. Untuk kelab seperti Hearts, mereka agresif mengambil pemilikan kelab.

Sentimen kuat oleh penyokong membolehkan kelab seperti Oviedo menjual barangan kelab mereka pada skala besar walaupun jumlah penyokong mereka agak kecil. Mereka juga diketuai oleh pakar dalam ekonomi bola sepak.

Satu aspek yang mereka punyai persamaan adalah hubungan kelab dengan penyokong yang kuat. Bila hubungan ini kuat maka, semangat kebersamaan juga sangat tinggi.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Apa Yang Perlu Kita Buat Selepas Letih Bermain Bola Sepak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN