Skuad bawah 23 (B-23) negara kini dalam misi penting untuk mencatat kemenangan seterusnya berdepan Thailand bagi aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024 peringkat Kumpulan H.
Sebelum itu, Malaysia berjaya mencatat kemenangan kali kedua bagi peringkat kumpulan dengan terbaharu menewaskan Filipina menerusi keputusan penuh 4-0 di Stadium Chonburi, Thailand.
Carta Kedudukan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia B-23 2024
* Selepas Hari Perlawanan 2 pada Sabtu, 9 September 2023
▶️ Seterusnya, Malaysia akan bertemu Thailand pada Selasa, 12 September 2023#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/4apuye7Vix
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2023
Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya menampilkan aksi dengan cukup bertenaga dengan isu ketumpulan di bahagian serangan juga berjay diperbaiki menjadi lebih baik berbanding ketika bertemu Bangladesh.
Malah, skuad muda negara berjaya mencipta gol seawal minit pertama perlawanan berlangsung menerusi khidmat Mukhairi Ajmal sebelum T. Saravanan turut mencetak dua gol, serta Harith Haikal untuk membenam cabaran Filipina.
Hadir dengan aksi memberansangkan, Pengurus Malaysia B-23 iaitu Dato’ Sri Shahril tampil optimis pasukan negara mampu memberi yang terbaik bertemu Thailand pada perlawanan seterusnya tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, pertama kali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada para pemain kerana telah berusaha keras pada malam ini (semalam) dengan kemenangan 4-0.
“Kalau ikutkan perlawanan selepas ini kita akan bertemu dengan pasukan Thailand yang juga merupakan satu pasukan dengan persediaan cukup rapi.
“Tetapi saya yakin para pemain semua kini berada dalam keadaan sangat baik bersama semangat juang cukup tinggi dan saya sekali yakin kami akan memberikan tentangan sengi ketika berhadapan Thailand,” jelas beliau.
Pada masa sama, penyerang berbisa negara iaitu T. Saravanan juga menyatakan mereka bakal tampil dengan lebih baik untuk aksi seterusnya berdepan tuan rumah, Thailand.
🎙️Dengarkan komen pemain skuad Harimau Malaya B-23, T. Saravanan selepas dua jaringannya membantu kemenangan 4-0 atas Filipina pada aksi kedua Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Thailand, petang tadi.#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/HbMx5Us4ye
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2023
“Ya keputusan perlawanan ini berakhir dengan begitu cemerlang sekali dan apapun ucapan tahniah saya ucapkan buat rakan sepasukan atas kemenangan ini.
“Untuk perlawanan seterusnya kami akan memberikan segalanya dengan lebih baik bagi menghadapi cabaran bakal diberikan oleh pasukan tuan rumah iaitu Thailand.
“Sudah tentu kami perlu mencatat kemenangan pada aksi ini demi mendapatkan tiga mata yang sangat penting bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa memberi sokongan penuh buat kami sepasukan pada saingan ini,” kata Saravanan.