5 Pengurus Yang Pakar Dalam Melawan Penyingkiran & Memenangi Promosi

Dalam bola sepak, terdapat pelbagai jenis pengurus boleh kita saksikan.

Ada pengurus yang pakar dalam memenangi kejuaraan seperti Pep Guardiola, Sir Alex Ferguson dan Carlo Ancelotti.

Tetapi dalam bola sepak juga ada pengurus yang pakar dalam membantu pasukannya melawan penyingkiran ke liga bawahan dan ada juga yang pakar dalam membantu pasukannya memperoleh promosi ke liga atasan.

Oleh itu kami tampilkan 5 pengurus yang pakar dalam melawan penyingkiran dan memenagi promosi ke liga atasan!

Pascal Dupraz

pascaldupara

Dupraz merupakan seorang pengurus berbangsa Perancis yang mempunyai rekod yang baik dalam membantu pasukannya dari jatuh ke divisyen bawahan.

Pada 2012, beliau menggantikan Pablo Correa di kelab Evian Thonon Gaillard (Evian TG) yang ketika itu berada di tangga ke 18 Ligue 1 Perancis.

Hasil bimbingan Dupraz, Evian TG berjaya menamatkan liga di tangga ke 16 pada musim tersebut.

Ketika di Touluse pada musim lalu, kelab tersebut berada di tangga ke-19 liga dengan Evian TG ketika itu ketinggalan 10 mata dari zon selamat dengan baki 10 perlawanan.

Dari 10 perlawanan itu, Dupraz berjaya membawa Touluse menang 5 perlawanan, 3 seri dan 2 kekalahan untuk membolehkan Touluse menamatkan liga ditangga ke-17.

Caruso Lombardi

caruso

Lombardi merupakan pengurus pasukan bola sepak yang berasal dari Argentina. Beliau terkenal dengan kecenderungan beliau untuk menggunakan pemain tinggi lampai di setiap posisi.

Selain daripada itu, Lombardi juga terkenal dengan pakar menyelamatkan pasukan yang diuruskannya dari tersingkirkan ke liga bawahan.

Rekod Lombardi sungguh cemerlang. Beliau berjaya menyelamatkan kelab dari tersingkir ke liga bawahan sebanyak 7 dari 9 kali percubaan!

7 kelab tersebut adalah:

  • Argentinos Juniors (2007)
  • Newell’s Old Boys (2008)
  • Racing (2009)
  • San Lorenzo (2012)
  • Argentinos Juniors (2013)
  • Quilmes (2014)
  • Sarmiento (2016)

Sam Allardyce

West Ham United v Stoke City - Barclays Premier League

Pengurus yang baru sahaja meninggalkan jawatan pengurus England ini merupakan pakar dalam melawan penyingkiran.

Ketika menjadi pengurus Notts County pada tahun 1997-1998, Allardyce telah berjaya menyelamatkan kelab tersebut dari penyingkiran.

Rahsia kejayaannya itu adalah kerana beliau berjaya membeli penyerang Kevin Rapley yang berjaya membantu Notts County dari tersingkir.

Allardyce juga melakukan perkara yang sama ketika di Sunderland pada musim lalu. Beliau berjaya menyelamatkan The Black Cats daripada tersingkir selepas mengambil alih jawatan pengurus dikala Sunderland sedang berada ditangga ke-19 liga.

Allardyce berjaya menyelamatkan Sunderland dari tersingkir. Lebih manis, beliau berjaya menyingkirkan musuh tradisi yang juga bekas kelabnya iaitu Newcastle United.

Steve Bruce

Jika 3 pengurus pertama tadi kami senaraikan pengurus yang pakar dalam melawan penyingkiran. Kali ini kami tampilkan pengurus yang pakar dalam memperoleh promosi pula.

Steve Bruce adalah salah satunya. Beliau adalah pakar dalam membawa pasukan bawahan untuk naik ke Premier League.

Pada 2002, Bruce berjaya membawa Birmingham City ke Premier League selepas memenangi play-off menentang Norwich City di perlawanan akhir.

Namun Birmingham tersingkir pada 2006. Tetapi magis dari Bruce sekali lagi membawa kelab tersebut naik ke Premier League selepas semusim jatuh ke liga bawahan.

Pada 2012, Bruce menjadi pengurus untuk pasukan Hull City. Di musim pertamanya, Bruce berjaya membawa Hull ke perlawanan akhir FA Cup sebelum mereka tewas di tangan Arsenal.

Apa yang lebih hebat adalah Bruce berjaya membawa Hull ke Premier League selepas semusim menjadi pengurus mereka!

Neil Warnock

neil warnock

Warnock merupakan pengurus yang istimewa. Hal ini kerana beliau adalah pakar dalam membantu pasukannya memperoleh promosi ke liga atasan.

Apa yang istimewanya adalah Warnock telah melakukannya di liga amatur hinggalah ke liga divisyen 2 di England. Berikut adalah pencapaiannya:

  • 1987: Scarborough (Football Conference ke Football League)
  • 1994: Huddersfield Town (Division Two ke Division One)
  • 1995: Plymouth Argyle (Division Three ke Division Two)
  • 2006: Sheffield United (Championship ke Premier League)
  • 2011: Queens Park Rangers (Championship ke Premier League)

Baca juga: Hull City Menang ‘Perlawanan Paling Mahal Di Dunia’, Raih Durian Runtuh £270 Juta

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN