Pengurus Pahang Dedahkan Sebab Kelewatan Gaji Mohamadou Sumareh

Mohamadou Sumareh

Pengurus skuad Liga Super Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menepis tohmahan yang dilemparkan bekas tonggak utama pasukan, Mohamadou Sumareh yang mengatakan pasukan tersebut lambat membuat pembayaran gaji terhadapnya.

Susulan keadaan tersebut, Sumareh bertindak pantas dengan mengaktifkan klausa 8.7 sekali gus menamatkan kontrak bersama pasukan yang sudah diwakilinya sejak tahun 2017 itu.

Langkah diambil oleh Sumareh itu juga menyaksikan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah menjatuhkan hukuman penggantungan selama dua tahun yang menyaksikan beliau dilarang bermain dalam mana-mana aktiviti bola sepak anjuran PBNP bermula 27 Oktober 2020 sehinggalah 27 Oktober 2023.

Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Suffian mendedahkan bahawa terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan pihak bank kerana perlu membuat transaksi ke negara asal Sumareh [Gambia] sehingga menyebabkan proses pembayaran gaji tersebut sedikit lewat.

Kenyataan berhubung perkara tersebut itu dikeluarkan Suffian menurut laporan yang dikeluarkan Harian Metro.

“Saya menafikan kalau dakwaan kata tak bayar gaji, kalau betul tentu akan ramai lagi pemain bangkit kata tak bayar gaji.”

“Isunya ketika itu dia pulang ke negara asal, dan memohon supaya gajinya di bayar ke akaun negara luar. Jadi, ia ambil proses yang agak lewat sikitlah.”

“Proses nak buat kena kelulusan dan sebagainya, nanti karang akan dipantau oleh Bank Negara dan sebagainya, susah jugakan.”

“Jadi atas kelewatan itu sikit, dia bangkitkan isu berkenaan dan kita dah selesaikan perkara itu dan tak ada perkara berbangkit lagi,” tambah Suffian lagi menceritakan keadaan sebenar.

Kredit featured image: Malaysian Football League

Baca artikel lain dari kami mengenai kemelut Pahang dan Sumareh:

FAM Hanya Maklumkan Kepada FAS Mengenai Status Mohamadou Sumareh

Nik Erman: FAM Perlu Tunggu Keputusan FIFA Sebelum ‘Campuri Kemelut’ Sumareh

Sumareh Digantung Dua Tahun, Tak Boleh Main Lagi Di Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN