Dianggap Miliki ‘Magis’, Ini Antara Sebab West Brom Pilih Sam Allardyce

Sam Allardyce West Brom

Apabila kelab anda berdepan dengan masalah di Liga Perdana Inggeris (EPL), kalau bukan Sam Allardyce,  siapa lagi yang akan anda hubungi untuk dapatkan bantuan?

Sebaik sahaja West Bromwich Albion memecat Slaven Bilic, dan menamakan ‘Big Sam’ sebagai pengganti, timbul persoalan kenapa jurulatih berusia 66 tahun itu yang dipilih?

Sejak 20 tahun lalu, Allardyce boleh dianggap nama yang begitu sebati dengan peminat EPL di mana beliau telah menyertai lapan buah pasukan berbeza sejak 1999 bermula dengan dilantik sebagai pengurus Bolton Wanderers.

Namun apa yang menyebabkan beliau dianggap begitu istimewa adalah kepakarannya untuk menyelamatkan sesebuah pasukan daripada tersingkir daripada liga utama England tersebut.

Blackburn Rovers

Pada pertengahan musim 2008/09, kelab tersebut hanya menang tiga daripada 17 perlawanan dan terperosok di tangga kedua tercorot.

Allardyce yang dilantik menggantikan Paul Ince yang dipecat berjaya memastikan kelab Lancashire itu menamatkan musim berkenaan di tangga ke-15.

Sunderland

Kemudian ketika bersama Sunderland, Allardyce telah dilantik pada Oktober 2015 sebaik sahaja Dick Advocaat meninggalkan kelab itu tanpa mencatat sebarang kemenangan selepas lapan perlawanan.

Namun beliau mengubah nasib The Black Cats untuk terus kekal di EPL apabila berupaya mengakhiri musim di ‘hujung tanduk’ selepas menduduki tangga ke-17 dan menghantar Newcastle United ke Liga Kejuaraan.

Crystal Palace

Pasukan berikutnya adalah bersama kelab selatan London pada musim 2016/17. Beliau dilantik tidak lama selepas beliau meletakkan jawatan sebagai pengurus England ekoran kontroversi video tentang hak pemilikan pemain oleh pihak ketiga.

Alan Pardew yang disingkirkan hanya mengumpul 15 mata sahaja selepas 17 perlawanan dan pasukan tersebut dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ di kedudukan ke-17 liga. Namun selepas melantik Allardyce, The Eagles berada di tangga ke-14 di penghujung saingan.

Everton

Pasukan EPL terakhir yang dikendalikan oleh ‘Big Sam’ adalah Eveton pada musim 2017/18. Seperti biasa, beliau mendapat panggilan untuk menjadi pengurus pada pertengahan musim bagi menggantikan Ronald Koeman.

Bermula dari tangga ke-13, Allardyce telah membawa pasukan tersebut meniti satu demi satu anak tangga sehinggalah menamatkan musim tersebut di kedudukan kelapan liga.

Namun khidmatnya tidak disambung kerana penyokong The Toffees tidak menggemari cara permainan pasukan di bawah bimbingannya.

Sentuhan ‘Magis’

Daripada semua pencapaian di atas, di sini jelas bahawa Sam Allardyce bukanlah seorang pengurus yang akan bercakap tentang taktikal, falsafah, corak permainan bola sepak moden dan sebagainya.

Tetapi rekod telah membuktikan beliau orang yang tepat untuk membantu pasukan bermasalah daripada tersingkir daripada EPL. Itulah yang membuatkan West Brom lupakan calon-calon lain dan memilih pengalaman dan ‘magis’ yang dimiliki oleh ‘orang lama’ ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Adakah Havertz Bakal Menjadi ‘Besi Karat’ Seterusnya Di Chelsea?

Martin Keown: Willian Kelihatan Seperti Sedang Bercuti Di Arsenal

Ian Wright Kritik Persembahan Tiga Pemain Berpengalaman Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN